
Indonesia kalau berdemo memang tak boleh lawan. Minyak kalau naik 1 sen pun berdemo sakan. Mahasiswa di sana pun memang dibenarkan berdemo. Apa lagi kalau kes rasuah. Kita di Malaysia ni pun rasanya ramai tak perasan bahawa 9 Disember lalu adalah Hari Anti Rasuah Sedunia.
Berikut adalah kedudukkan indeks rasuah bagi negara Malaysia:
1997 – Tangga ke-29
1999 – Tangga ke-32
2000 – Tangga ke-36
2007 – Tangga ke-43
2008 – Tangga ke-47
2009 – Tangga ke -56 dari 180 negara dan ketiga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.
Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995.
Di Indonesia pula, berpuluh ribu orang telah turun ke jalan untuk membantah kes ‘bailout’ Bank Century membabitkan Rp6.7 triliun (US$670 juta) . Desas desus di sana mengatakan wang ‘bailout’ itu secara gelap disalurkan kepada tokoh-tokoh tertentu yang dikaitkan dengan parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo, walaupun Susilo sendiri berkali-kali menafikannya, malah ke tahap bersumpah bahawa tidak satu sen pun wang itu masuk ke kocek partinya.
Bagaimana pun oleh kerana demokrasi Indonesia lebih diamalkan, berikut peristiwa yang masih belum nampak di Malaysia bab demnontrasi jalanan ni:
1. Stesen TV tempatan menyiarkan secara langsung demonstrasi yang diadakan di serata tempat ibu kota wilayah negara berpenduduk 230 juta orang itu, yang disebut-sebut oleh para pendemonstrasi sebagai antara negara paling korup di Asia.
2.Dalam ucapannya sempena Hari Anti-Rasuah Sedunia Selasa malam, Susilo mengingatkan rakyat yang hendak berdemonstrasi supaya memastikan ia berjalan dengan aman, tertib serta damai dan tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan huru hara.
Beberapa hari sebelum ini, Susilo menyuarakan secara terbuka kebimbangannya bahawa ada pihak yang akan mengambil kesempatan pada demonstrasi itu untuk menjatuhkan pemerintahannya, yang baru memasuki penggal lima tahun kedua (2009-2014) pada Oktober.
3. Ketua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri pula berkata secara keseluruhannya demonstrasi berjalan dengan aman dan rusuhan di Makassar bukanlah masalah besar
“Masalah jerawat, jeragat, bintik hitam, liang pori besar, parut? dapatkan EUMORA”
“Bisnes Segera – RM100 – RM500 Sehari”
“Rahsia Diet Wanita- Sihat & Ramping”
“HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI”





Posted in
Tags: 















