Saya pernah membuat entry mengenai restoran mamak di blog lama Berhati-hati makan di kedai mamak dan cara membezakan restoran mamak dan hindu.
Sebuah restoran mamak di Damansara Damai memalsukan sijil halal dan menggajikan pekerja bukan Islam di restorannya. So berhati-hatilah makan restoran Mamak.
Utusan Online:
KUALA LUMPUR 3 Mac – Mengaku Islam tetapi tergagap-gagap apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dan membaca Al-Fatihah.
Akibatnya, bukan sahaja tembelang pekerja sebuah restoran mamak di Damansara Damai itu pecah, bahkan muslihat majikannya memalsukan sijil halal turut terbongkar.
Ketika pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan sesi ujian dalam serbuan di restoran itu hari ini, pekerja yang berasal dari selatan India itu hanya terkebil-kebil ketika dia yang mengaku Islam diminta mengucap dan membaca surah Al-Fatihah.
Serbuan pada pukul 11 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, ia dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru dengan status halal restoran tersebut yang majoriti pekerjanya adalah warga asing.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat tiga logo halal disyaki palsu ditampal di tiga penjuru restoran yang dimiliki oleh peniaga bukan Islam itu.
Katanya, seorang penyelia restoran yang disoal siasat cuba memperdayakan pegawai penguat kuasa dan mendakwa restoran itu ditauliahkan sijil halal Jakim.
Bagaimanapun, katanya, helah tersebut tidak berjaya kerana dia gagal menunjukkan sijil itu apabila diminta.
“Lelaki terbabit kemudian memberi alasan sijil halal berkenaan disimpan oleh pemilik syarikat yang kini berada di Kedah atas urusan perniagaan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu di sini hari ini.
Menurut Amri, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamer atau menggantungkan sijil halal dalam premis untuk meyakinkan pelanggan.
“Curiga dengan alasan diberikan, maka kami sengaja mengatur sesi ujian ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam yang ada di restoran itu.
“Dia segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam berasal dari India.
” Namun, mengejutkan apabila dia (pekerja berkenaan) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan ayat mudah seperti surah Al-Fatihah apabila diminta,” katanya.
Amri berkata, ditanya sama ada dia pernah mendirikan solat, lelaki terbabit mengaku hanya ibu dan kakaknya di kampung sahaja yang bersembahyang.
Katanya, ini jelas menunjukkan lelaki terbabit hanya Islam pada zahirnya tetapi tidak pernah faham atau mengamalkan ajaran Islam sebenar.
“Sehubungan itu, pihak Jakim percaya semua pekerja di restoran terbabit adalah bukan Islam dan tidak layak untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.
Bimbang pemilik restoran terus memperdaya pelanggan, kata Amri, pihaknya mengarahkan supaya logo halal terbabit ditanggal serta-merta.
Katanya, pemilik restoran itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.
“PELUANG MEMBINA EMPAYAR BISNES DENGAN MODAL YANG RENDAH SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR!”
**TIPS HUTANG: – Anda Kini Mampu Hidup Lebih Tenang**






.gif)
Posted in
Tags: 
















itu lah masalah tangapan org islam,asalkan ader bingkai Allah ngan Muhammad,confirm restoran mamak 2 restoran india muslim, kalo ade pun sorg 2 jer terserempak kat masjid mase solat jumaat, sepatutnye pihak berkuasa memantau sume restoran2 mamak kat Malaysia nie,sebab majoriti yg slalu lepak ialah org islam, kalo tak org islam sendiri yg pantau sape lagi?
itu lah masalah tangapan org islam,asalkan ader bingkai Allah ngan Muhammad,confirm restoran mamak 2 restoran india muslim, kalo ade pun sorg 2 jer terserempak kat masjid mase solat jumaat, sepatutnye pihak berkuasa memantau sume restoran2 mamak kat Malaysia nie,sebab majoriti yg slalu lepak ialah org islam, kalo tak org islam sendiri yg pantau sape lagi?