Mahmoud Ahmadinejad,Presiden Iran membawa al-Qu’ran dan Injil semasa membuat ucapan di sidang tahunan Perhimpunan Agung PBB di New York, Khamis 23 September 2010 .
Aksi itu dilakukan Ahmadinejad pada pertengahan ucapannya, setelah para diplomat dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara lain melakukan boikot (Walkout).
Semasa menunjukkan dua kitab itu, Ahmadinejad membayangkan kes penghinaan terhadap al-Quran. “Kitab suci Qur’an merupakan Buku dari Ilahi dan keajaiban abadi bagi Islam,” kata Ahmadinejad dalam ucapannya, sama dengan naskah yang dihantar ke laman rasmi PBB.
“Kita secara bijak harus mencegah jangan sampai masuk ke tangan-tangan Syaitan. Mewakili bangsa Iran, saya hormat kepada semua Kitab Tuhan dan para pengikutnya. Ini adalah al-Quran dan ini adalah Injil. Saya menghormati keduanya,” kata Ahmadinejad sambil memperlihatkan kedua-dua kitab itu.
Sebelum itu , dia mengingatkan bahawa para nabi memiliki misi bagi umat manusia untuk percaya pada satu Tuhan (monoteisme), cinta dan keadilan sekaligus menunjukkan belas kasih bagi kemakmuran serta menjauhi ateisme dan egoisme.
Namun, pemimpin berusia 53 tahun itu mengatakan bahawa ajaran para nabi itu sering tercermar oleh “ego dan nafsu tamak” manusia. Dia selanjutnya memberi sejumlah contoh bagaimana manusia sudah berkali-kali diperingati oleh para utusan Tuhan.
“Namrud menghadapi Nabi Ibrahim dan Firaun menghadapi Nabi Musa. Kaum tamak menghadapi Nabi Isa Al-Masih dan Nabi Muhammad . Dalam beberapa abad terakhir, etika dan nilai kemanusiaan telah ditolak sehingga menyebabkan kemunduran,” kata Ahmadinejad.
Dia pun menyayangkan bahawa nafsu untuk mendapatkan kapital dan dominasi telah menggantikan ajaran monoteisme, yang merupakan gerbang bagi cinta dan persatuan. “Ini akhirnya menimbulkan pelbagai konflik yang membuka jalan bagi terjadinya perhambaan dan kolonialisme,” kata Ahmadinejad.
Selanjutnya, Ahmadinejad mula mengkritik pedas kepada AS, kapitalisme, dan juga kepada PBB. Itulah yang membuat para delegasi dari negara-negara melakukan aksi boikot dengan meninggalkan ruang persidangan semasa Ahmadinejad masih berpidato.
Menurut stesen televisyen CNN, mereka yang Walkout adalah delegasi dari AS, England, Sweden, Australia, Belgium, Uruguay dan Sepanyol.






Posted in
Tags: 


















Kalau la ada sepuluh Ahmadinejad, mesti Islam dipandang tinggi di dunia
Like or Dislike:
2
0
susah mencari orang cam Ahmadinejad . lg2 seorg prsden yg brni mengeluarkan kata2 pedas .
. Semoga Pemimpin Iran terus majukan kedepan perangi Anti-Islam di dunia nie .
Like or Dislike:
0
0
pemimpin kite plak mcm ne..? hek3..
Like or Dislike:
0
0
wa!!
tabik spriing..
Like or Dislike:
0
0
ahmadinejad hampir keseorangan menentang kuasa toghut..pemimpin islam lain semua xde telor!!! penakut!! tali barut!! boneka!!
Like or Dislike:
1
0
arituh pernah terbca bawhawa ahmad niejad ni seorng iluminati.. pening kepala baca.. org tu tak der bukti main cakap je….apapun aku percaya AHmad neijad ni islam yang memerangi kegansan
Like or Dislike:
0
0
pemimpin yg mempunyai prinsip “islamic’ dan di sokong olih PENASIHAT berpegang pd Al-Quran dan Hadis…. Adakah negara kita mcm2…??
Like or Dislike:
0
0
Beliau seorang pemimpin yg merendah diri, kemana2 penuh berani tanpa perlu karpet merah atau di sambut besar-besaran seperti mana di malaysia. solat je di mana2 asalkan bersih dan yg paling penting, memperjuangkan Islam di mata dunia dan nasib anak2 palestine…semoga Allah melindungi beliau dan semoga ramai lagi pemimpin Islam seperti beliau wujud selepas ini..amin..
Like or Dislike:
0
0
Alhamdullillah..
Ada pemimpin Islam mcm Ahmad.
Iran ada pemimpin sebegini krn rakyat Iran bersatu padu & saling menyokong dibelakangnya.. Tp di Malaysia, Pemimpin bagus mcm mana pn tetap di katakan salah la, rasuah la, kroni la, Tidak Islamic la..
Smpkn Tun Dr. M bersara sb terkilan dgn bangsanya sendiri.. Rakyat Jepun siap offer nk amik Tun lg.. Rakyat negara maju lg.. Malu..
“Melayu Mudah Lupa”
Wallahuaklam.
p/s:
Respek Tun Dr. M atas pembangunan, kemajuan & keamanan yg Negara dh capai kini. Walaupn terkilan beliau masih mahu berbakti, menyumbang.. Beliau Bukanlah smp tubuhkan parti ke’kecewa’an.. Huhu
Renung-renungkan..
Like or Dislike:
0
0
memang la zaman tun dulu maju.. di perah minyak negara habis2an… pastu nnt anak cucu da takde minyak.. tue yg zaman kite dok sebok nek harga minyak jek..
Like or Dislike:
0
0
minyak bkn la bhn api fosil sbg mana yg kte tau, nk tye cket, ade x negare pengeluar minyak isytihar telaga myk yg diorg jumpe dh kering, dh tutup.. telaga myk mmg akn kering, tp myk akn kembali terhasil dr tindakbalas pusat bumi.. cmtu kn..
so, minyak x kn kering..
ps:
iran ade telage minyak sendiri, keluarkan produk sendiri, bile kene sekatan pn wat dek aje.. no problem la iran..iran pn bkn nye negare padang pasir, tanah penuh ngan tumbuhan yg subur dn hijau.. best dpt cuti ke iran..
Like or Dislike:
0
0
[...] http://www.isuhangat.net/2010/10/ahmadinejad-bawa-al-quran-dan-injil/ [...]
Like or Dislike:
0
0