Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa Isu Hangat 2012-02-04T12:00:43Z http://www.isuhangat.net/feed/atom/ WordPress admin <![CDATA[Gambar Hangat Minggu Ini]]> http://www.isuhangat.net/?p=6009 2012-02-04T12:00:43Z 2012-02-04T11:48:57Z

Mengadulah hanya pada Allah..

Photobucket

Army pun kena saman?

Photobucket

Anak contoh, sanggupkah kita buat begini?

Photobucket

Monyet jer yang..

Photobucket

Kata-kata Prof Ungku Aziz

Photobucket

Iblis?

Photobucket

Kentut pun kena caj? Patut lah orang kentut merata-rata hoho

Photobucket

Jadilah rakyat prihatin,sama-sama pesan-memesan

Photobucket

Sumber: FB teman

Posted @ www.isuhangat.net.

Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

JOM CARI DUIT DARI INTERNET

**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





]]>
0
admin <![CDATA[Tujuh Keajaiban Alam Lautan]]> http://www.isuhangat.net/?p=6000 2012-02-04T04:16:48Z 2012-02-03T16:36:12Z

Keajaiban alam bukan cuma di dataran tetapi di dalam air dengan keindahan ciptaan Allah Taala. Berikut saya share keajaiban alam di dalam dunia air.

keajaiban alam @ isuhangat

1. The Blue Hole of Belize

Great Blue Hole adalah lubang runtuhan bawah air di lepas pantai Belize. Lubang itu terletak di dekat pusat Karang Lighthouse, 70 kilometer (43 mil) dari daratan dan Belize City, Guatemala. Lubang yang dalam berbentuk lingkaran, sepanjang 300 m (984 kaki)dan sedalam 125 m (407 kaki). Great Blue Hole telah diiktiraf sebagai laman warisan dunia oleh UNESCO.

keajaiban alam @ isuhangat

2. Deep-Sea Vents

Deep-Sea Vents di USA, dikenali juga sebagai “black smoker” atau perokok hitam. Asap kelihatan keluar kerana aktiviti pengeluaran gas dan air panas ke permukaan bumi kerana aktiviti volkanik.

keajaiban alam @ isuhangat

keajaiban alam @ isuhangat

3. Kepulauan Galapagos

Kepulauan Galapagos iaitu sebuah kepualauan yang terdiri dari 13 buah pulau berapi dan bebatuan yang terletak di Pasifik sekitar 1000 km sebelah barat Amerika Selatan. Galapagos merupakan salah satu daerah gunung berapi teraktif di dunia.

Pada 1986, UNESCO menetapkan Galapagos sebagai Laman Warisan Dunia pada 1978

Spesies yang penting termasuk di dlm pulau ini :
1. Iguana darat, Conolophus subcristatus
2. Iguana laut, Amblyrhynchus cristatus (satu-satunya jenis iguana yang makan makanan dari laut)
3. Kura-kura Raksasa Galapgos, Geochelone elephantopus, dikenal sebagai Galápago dalam bahasa Spanyol, adalah binatang yang menjadi asal nama kepulauan ini.
4. 13 spesies unggas.
5. Pinguin Galapagos, Spheniscus mendiculus
6. Burung laut yang tidak terbang, Nannopterum harrisi

keajaiban alam @ isuhangat

keajaiban alam @ isuhangat

4. Great Barrier Reef

Batu Karang Penghalang Besar adalah kumpulan terumbu karang terbesar dunia yang terdiri dari lebih kurang 3,000 karang dan 900 pulau, yang membentang sepanjang 2,600 km. Batu karang ini berlokasi di Laut Koral,Queensland di timur laut Australia.

Great Barrier Reef dapat dilihat dari luar angkasa dan ada juga disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Pada kenyataannya, ia adalah terbentuk dari berjuta organisme kecil, dikenali dengan sebutan polip koral (coral polyp).

KPB dipilih sebagai sebagai salah satu Laman Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.

keajaiban alam @ isuhangat

keajaiban alam @ isuhangat

5. Danau Baikal

Danau Baikal adalah danau terdalam dan tertua di dunia dan terbanyak air tawarnya di Bumi. Danau ini berisi lebih dari 20% air tawar dunia dan lebih dari 90% air tawar Russia. Danau ini merupakan Laman warisan dunia yang terletak di selatan Siberia di Russia.

Ketinggian permukaan 456 meter (1,496 kaki) dengan Kedalaman maksima 1637 meter (5369 kaki). Disini terdapat seperlima dari air tawar di bumi, jika danau ini kering untuk mengisinya kembali diperlukan air di dunia sepanjang tahun. Mereka yang naik kapal melintasi danau ini dapat melihat kedalaman danau 50 meter.

keajaiban alam @ isuhangat
keajaiban alam @ isuhangat

6. Northern Red Sea

Laut yang membatasi benua Afrika dan Asia, dan termasuk laut dengan tingkatan kadar garam tertinggi di dunia. Kedalaman laut ini sehingga 2,500 meter. Seorang arkeologi menemui beberapa bangkai kereta tempur kuno dan manusia menurutnya merupakan bangkai kereta firaun saat mengejar Nabi Musa.

keajaiban alam @ isuhangat

keajaiban alam @ isuhangat

7. Palau

Republik Palau (juga dieja sebagai Belau) adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik, 200 km sebelah utara Papua Barat, 255 km sebelah timur Maluku Utara, 500 km sebelah timur Sulawesi Utara dan 500 km sebelah timur Filipina.

Negara ini merdeka pada tahun 1994 dari Wilayah Kepulauan Pasifik yang diperintah Amerika Syarikat. Palau terdiri dari 8 pulau utama dan 250 pulau kecil. Tiga arus lautan yang bertemu di Palau membawa serta kehidupan laut yang lebih beraneka dibanding laut Caribean sekalipun. Terdapat lebih dari 1,000 spesies ikan dan lebih dari 700 spesies karang.

keajaiban alam @ isuhangat

keajaiban alam @ isuhangat

Posted @ www.isuhangat.net.

Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

JOM CARI DUIT DARI INTERNET

**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





]]>
0
admin <![CDATA[Menjadi kaya yang dipuji atau miskin yang terpuji ?]]> http://www.isuhangat.net/?p=5997 2012-01-30T16:09:48Z 2012-01-30T16:09:48Z

Miskin dan kaya adalah takdir yang diberikan Allah SWT dengan sifat adilnya. Memang ada hadis yang mengatakan bahawa orang miskin akan masuk ke dalam syurga 500 tahun sebelum orang kaya, di sisi lain orang-orang kaya tetap di puji Allah SWT bilamana mereka mampu menggunakakan kekayaannya pada jalan yang syarie.

Ramai sahabat dan tokoh-tokoh sufi seperti Abdul Qadir Aljaylani, Hasan Assadili dan para pengikut thariqah Tijaniyyah yang kaya raya berlimpah harta akan tetapi kekayaannya tidak mengganggu keistiqomahan mereka dalam beribadah, maka dari itu kekayaan bukanlah sebuah aib yang harus di hindari.

Sebagai manusia biasa kita pasti lebih condong untuk di kurniakan anugerah kekayaan seperti Sulaiman AS dan agar terhindar dari kemiskinan dan penyakit seperti yang diderita oleh Ayub AS.

Menjadi kaya yang dipuji atau miskin yang terpuji ?

Keduanya memiliki peluang agar tetap mendapat keredhaan Yang Khaliq :
Kekayaan yang di iringi dengan rasa syukur ( menggunakakan semua yang di anugerahkan pada jalan Allah SWT) dan kemiskinan yang di sertaii dengan sifat sabar ( menerima segala seadanya tanpa komplain).

Diantara dua hal tersebut sebagian ulama salaf menyatakan bahawa: si kaya yang bersyukur lebih utama daripada si miskin yang sabar, dengan alasan bahawa si kaya cenderung lebih mudah terjerumus kepada kesombongan kerana mereka memiliki fasiliti dan wang untuk memenuhi segala hasrat dunianya (dengan mengkufuri nikmat harta, jiwa dan raga), sementara si miskin tidak boleh sombong riyak kerana keterbatasannya. Dan segala perkara yang lebih ukar pasti pahalanya akan lebih besar. walaupun nasib orang miskin juga mudah menggugat iman jika memang tidak di sertai dengan iman dan kesabaran penuh, tidak hairan jika Abu bakar Ra berkata “ kemiskinan boleh mendekatkan kepada kakafiran”.

Jika kenyataannya demikian, maka keadaan seseorang baik kaya maupun miskin adalah sama, tergantung bagaimana kita merespon keadaan tersebut.

So gunakanlah kesempatan sewaktu kamu miskin dan kayamu dengan bijak agar tidak terjadi perkara-perkara merugikan di masa depan.

Jikalau manusia diberi satu gunung emas maka nescaya dia akan meminta lagi satu gunung emas yang lainnya. Dan tidak ada yang boleh menjadikan anak Adam puas kecuali debu kuburan ( kematian). (AL HADIS)

Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net.

Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

JOM CARI DUIT DARI INTERNET

**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





]]>
2
admin <![CDATA[Lori Telur Terbalik]]> http://www.isuhangat.net/?p=5995 2012-01-30T15:36:26Z 2012-01-30T15:36:26Z

Dulu ada teka-teki berbunyi begini, pemandu apa yang paling cermat? jawapannya ialah lori bawa telur kerana kalau lori ini kemalangan habis semua telur pecah.

Beginilah rupanya apabila lori telur terbalik di China

Chinese Mess on the Road


Chinese Mess on the Road

Chinese Mess on the Road

Chinese Mess on the Road

Posted @ www.isuhangat.net.

Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

JOM CARI DUIT DARI INTERNET

**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





]]>
3
admin <![CDATA[Pendatang Asing Kaya Raya]]> http://www.isuhangat.net/?p=5991 2012-01-29T17:05:34Z 2012-01-29T17:05:34Z

Siapa peduli pendatang asing berniaga?

Oleh Azman Anuar. Utusan Malaysia

BAGAIKAN satu fenomena di negara kita ini. Hari ini kita boleh lihat pendatang asing dari Pakistan bebas mengayuh basikal untuk berniaga kain, tikar, permaidani dan pelbagai keperluan hiasan dari satu taman perumahan ke perumahan lain dan dari kampung ke kampung.

Selang tidak sampai setahun, dia akan datang dengan motosikal dan kemudian bertukar kepada kereta baru atau van terpakai untuk mengutip hutang atau menghantar barangan yang dipesan pelanggan.

Hairan tak, begitu pantas dia dapat mengumpul wang untuk membeli kenderaan. Hairan juga bagaimana mudah dia dapat lesen memandu?

Bukan sahaja kita termangu-mangu memikirkan begitu ramai rakyat Pakistan berniaga di negara ini, begitu juga bagaimana pantas pendatang asing waima pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara lain sudah mampu hidup setaraf dengan kemewahan rakyat tempatan.

 

Oleh itu bukan satu perkara memeranjatkan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati antara PATI yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini bekerja sendiri malah sesetengahnya menjadi majikan di negara ini.

Apa kita nak hairankan, ia sudah berlaku lama, KDN juga mengakuinya.

Ada beribu-ribu warga asing dari Thailand berniaga restoran tomyam, kaum Rohingya berniaga sayur di pasar, warga India bekerja di kedai gunting rambut dan restoran mamak, warga Indonesia berniaga runcit, pasar malam dan menjadi kontraktor binaan.

Fenomena warga asing berniaga di negara kita mungkin bukan menjadi isu kepada sesetengah pihak berkuasa tetapi tidak kepada rakyat. Namun ramai warga tempatan tanpa sedar turut menyokong dari segi menggunakan khidmat atau membeli barangan jualan peniaga asing tersebut.

Bumi Malaysia memang subur dan bertuah kepada sesiapa yang rajin berusaha termasuk pendatang asing. Kalau tak kaya pun tapi boleh hidup senang.

Adakah wujud undang-undang atau peraturan yang mengatakan rakyat asing dibenarkan menjalankan perniagaan di negara ini sebagaimana layaknya pelabur atau pedagang yang berdaftar.

Pekerja asing sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan. Mereka hanya layak bekerja dalam lima sektor yang dibenarkan kerajaan Malaysia iaitu perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Tak ada pun disebutkan mereka dibenarkan berniaga.

Rakyat kita sudah rimas menunggu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pendatang asing yang berniaga.

Saya lihat semakin hari semakin banyak warga asing berniaga di negara kita hingga menjejaskan perniagaan anak tempatan.

Empayar perniagaan mereka pula berkembang daripada kecil kian membesar dan menambah cawangan baru di kawasan lain.

Perkara warga asing berniaga di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini bukan tidak nampak di mata pegawai penguat kuasa. Tapi apa yang mereka buat hingga bertambah ramai warga berniaga?

Untuk mendapat ruang niaga yang kecil di pasar, dan pasar malam bukan kerja mudah bagi rakyat tempatan tetapi pendatang asing ini dengan mudah sahaja dapat berniaga dengan bebas.

Lantaran itu, kini sama ada kita sedar atau tidak, pendatang-pendatang asing telah mula menguasai aktiviti ekonomi yang sepatutnya dimiliki kaum bumiputera.

Kita tidak boleh biarkan perkara ini berleluasa, kalau tidak peluang perniagaan orang Melayu dan bumiputera akan terhakis. Kita kena ambil peduli fenomena pendatang asing berniaga ini.

Hingga hari ini penjaja ubat tradisional dari Indonesia dan peniaga kain dan tudung dari Pakistan di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur tidak diambil tindakan. Alasannya kerana mereka menyewa premis daripada warga tempatan.

Memang kita tidak boleh salahkan mereka atau menahan mereka daripada berniaga. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah daripada peniaga rakyat Malaysia sendiri yang ingin mengaut keuntungan cepat.

Jadi, tiada kesalahan dari segi undang-undang. Dan perkara ini akan berlangsung selagi tiada usaha untuk mengambil tindakan tegas ke atas petualang di kalangan peniaga Melayu sendiri.

Kita hanya menyandarkan harapan tinggi kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa undang-undang dan menjalankan penguatkuasaan demi keselamatan ekonomi bumiputera.

Kalau dilihat di sekeliling kita, peniaga di kalangan rakyat asing ada di mana-mana. Fenomena ini patut diperbetulkan segera dengan tindakan tegas lagi berani daripada kerajaan melalui KDN dan PBT.

Tidak patut ada lagi alasan itu dan ini daripada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di negara ini. Sudah banyak amaran dikeluarkan, bila masa untuk bertindak pula?

Posted @ www.isuhangat.net.

Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

JOM CARI DUIT DARI INTERNET

**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





]]>
10
admin <![CDATA[Perangilah Akidah Mereka]]> http://www.isuhangat.net/?p=5980 2012-01-29T04:39:09Z 2012-01-29T04:39:09Z

Raja Peranchis Louis IX
Raja Perancis Louis IX,
(Zaman Perang Salib)

“Jika kamu ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja,

kerana kamu telah kalah dihadapan mereka waktu kamu menggunakan senjata.

Namun perangilah “AKIDAH” mereka,

“Hancurkan pemikiran-pemikiran mereka”,


“Keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam”,

jadikan mereka bodoh terhadap akidah Islam,

” kerana dalam akidahlah terletak “kekuatan Islam”,

apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kamu mengalahkan mereka,

dengan senjata akan banyak merugikan kita

namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan rugi bahkan kaum muslimin akan rugi.”

Raja Perancis Louis IX,
(Zaman Perang Salib)

Nah, kita tahu kelemahan kita tapi apakah kita ada usaha untuk mengubahnya? So ,jagalah akidah kita ..Sendrik mau ingat…!

Sumber

]]>
3
admin <![CDATA[Ajoi Dan Sebatang Rokok]]> http://www.isuhangat.net/?p=5982 2012-01-28T17:29:16Z 2012-01-26T16:54:09Z

Photobucket

 

 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Posted @ www.isuhangat.net.

Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

JOM CARI DUIT DARI INTERNET

**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**






Related Blogs

    ]]>
    5
    admin <![CDATA[Kata-kata Yang Dilarang Dikatakan Kepada Anak]]> http://www.isuhangat.net/?p=5977 2012-01-25T18:50:36Z 2012-01-25T18:50:34Z

    Memiliki dan membesarkan anak mempunyai seni tersendiri. Tidak ada sekolah khas untuk menjadi ibu bapa. Ada juga, kita terlalu yakin mampu membesarkan buah hati kita dengan cara sendiri.

    Namun, tidak semudah itu. Bermula dari komunikasi setiap hari, perkembangan anak pun boleh terganggu.

    Ibu-ibu, bapa-bapa, kata-kata yang sebaiknya tidak anda lontarkan untuk anak anda.

    Apa itu?


    ”Pergi sana! Ayah Tak Mahu Diganggu!”

    Jika anda kerap melontarkan kata-kata ini pada anak, Suzette Haden Elgin, pengasas Ozark Center, mengatakan anak-anak akan berfikir tidak ada gunanya berbicara dengan orang tuanya kerana mereka selalu diusir.

    ”Jika anda selalu mengatakan itu pada anak-anak sejak mereka kecil, biasanya mereka akan mengatakan perkara serupa ketika dewasa.”

    ”Kamu Itu…”

    Pelabelan pada anak adalah cara pintas untuk mengubah anak-anak. Jika seorang ibu mengatakan, ”Anak saya memang pemalu”, maka anak akan menelan begitu saja label itu tanpa bertanya apa pun. Apalagi, bila kita memberikan label buruk pada anak-anak, itulah yang akan melekat dalam benak mereka. Seumur hidup.

    Posted @ www.isuhangat.net.

    Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

    JOM CARI DUIT DARI INTERNET

    **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**







    Related Blogs

      ]]>
      1
      admin <![CDATA[Pertanyaan Ikhlas Anak Unta]]> http://www.isuhangat.net/?p=5969 2012-01-24T12:51:06Z 2012-01-24T12:51:04Z

      Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”

      Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”

      “Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.

      “Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

       

      “Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.

      “Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.

      Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”

      “Benar sayang,” jawab induknya.

      “So, naper kita ada dalam Zoo Johor ni…?”

       

       
      Admin: Begitu juga dengan manusia, kenkadang kita ada kelebihan dan bakat yang lain tapi bekerja/tinggal di kawasan yang berbeza yang tidak menggunakan kelebihan yang sedia ada. Apa pun rezeki, jodoh ajal dan maut itu adalah hanya Allah yang Maha Mengetahui.

      Posted @ www.isuhangat.net.

      Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

      JOM CARI DUIT DARI INTERNET

      **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**







      Related Blogs

        ]]>
        3
        admin <![CDATA[Sungguh LUCU dan MEMALUKAN, Muslim yg seperti ini]]> http://www.isuhangat.net/?p=5966 2012-01-24T12:44:32Z 2012-01-23T17:59:41Z

        Sungguh LUCU dan MEMALUKAN, Muslim yg seperti ini!? Cuba check balik adakah kita tersenarai dalam golongan yang memalukan Islam?

        Ini contoh sederhana yg mungkin tanpa disedari sering kita lakukan sehari-hari [termasuk admin juga]

        Kadang-kadang kita akan dengan senang hati, tanpa terasa menghabiskan & meluangkan masa kita untuk:

        5-8 jam (+/- 33% waktu kita dalam sehari) untuk tidur!!
        2-4 jam (+/- 17% waktu kita dalam sehari) untuk main game-internet, menonton TV, membaca akhbar & majalah!!
        1-2 jam (+/- 8% waktu kita dalam sehari) untuk bergayut telefon, SMS dengan kawan/kekasih!!

        Dan apa yg terjadi dengan Solat Wajib 5 waktu kita yg hanya +/- 50 Minit (hanya 4% waktu kita dlm sehari!!)

        atau

        Masa kita untuk membaca Al-Quran yg hanya +/- 15 Minit (hanya 1% waktu kita dlm sehari!!)

        Tetapi mengapa kita berat sekali untuk menunaikannya!? sehingga kita tidak menjalankannya dgn ikhlas, rutin dan senang hati!?

        Akhirnya kita menjadi suka melalaikan Solat dan tidak pernah sekalipun tergerak hati untuk membaca Al-Quran. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk kita!?

        Semasa ada ‘panggilan’ dari HP kita,kita pasti akan SEGERA melihatnya, mengangkat telefon dsb. [Apalagi kalau tahu itu dari kekasih! ]. Malah semasa kita memandu pun, kita akan SEGERA, pada masa itu jg menepikan kenderaan untuk mengangkat call atau sekadar melihat SMS dsb, dan bukan perkara luar biasa ramai yang telefon/SMS semasa memandu!


        Tapi apa yg terjadi jika kita mendengar ‘panggilan’ Allah SWT, dari Azan yg berkumandang sebagai petanda waktu kita Solat!? Kadang-kadang kita menjawab: ‘Nanti ahh…!’ ‘Alahhh, masih awal lagi ni..!” ‘Alamak, sibuk betul, banyak kerja ni!” “Uahhmm..mengantuk, penat!” “Lek lu, tunggu iklan Raja Lawak ni..” dsb.

        Akhirnya kita menjadi suka menunda-nunda waktu Solat kita. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk aku!?

        Kita Solat Wajib, jumlah 17 rakaat dalam sehari. Pastinya kita WAJIB membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali. Apabila dikira, dalam setahun kita membaca Al-Fatihah 6,120 kali! Jika kita selama ini sudah Solat selama (katakanlah) 5 tahun, ertinya kita telah membaca Al-Fatihah sebanyak 30,600 kali!! Tapi harus kita tanyakan kepada diri kita sendiri, apakah selama ini kita tahu ertinya!?

        Tapi apa yg terjadi jika kita dengan lirik-lirik lagu sperti lagu cinta, puitis, romantis dari band kesayangan kita?
        Wooowww… Sehari, dua hari sudah hafal dalam kepala! Menghayati! Sampai menangis-nangis dgn syahdunya!

        Akhirnya kita menjadi ‘jauh’ dari Al-Quran, kerana kita hanya membacanya saja tanpa pernah mengetahui dan menghayati ertinya [lebih teruk lagi, yg menjadikan Al-Quran hanya sebagai hiasan rumah! ].

        Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

        ‘PERINTAH’ [bisikan] Syaitan: “Wahai Manusia, tak mengapa kamu bermaksiat, melayan syahwat, puaskan hawa nafsumu brg sesaat! Kesempatan tidak akan datang kedua kali, skrg ini adalah saat yg tepat! Percayalah! Kau akan sungguh-sungguh merasakan NIKMAT!”

        PERINTAH Allah SWT: “Wahai Manusia, Jangalah kau menuruti hawa nafsu syaitan yg akan selalu menyesatkanmu dari jalanKu. Jagalah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu!”

        PERINTAH siapakah yg kita jalankan? PERINTAH siapakah yg kita ikuti? PERINTAH siapakah yg kita amalkan dgn teguh?

        Tapi apa yg terjadi??? Suka melayari web-web lucah, menonton video-video biru, chat sex dsb.

        Akhirnya terjadilah Free Sex, penzinaan suami dan isteri orang, berpeluk dgn yg bukan muhrimnya, gangguan seksual, dsb.

        Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

        Kita cukup peka dengan perkembangan teknologi,hiburan,fesyen bolasepak dan sebagainya. Sebut sahaja ipad, tablet,angry birds, EPL, F1 dan sebagainya semua kita hafal.

        Namun surah-surah dari ayat lazim yang kita baca ketika solat – balik-balik surah yang sama. Tidak ada usaha untuk improve dengan menghafal surah-surah yang berlambak-lambak sedia ada dalam Al-Quran.

        Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

        Betapa kita SERING MEMINTA ini-itu kepadaNya, kadang-kadang dengan sedikit ‘memaksa’ harus dikabulkan sekarang juga, bahkan sampai kecewa kepadaNya ketika doa kita tidak juga dikabulkan, tetapi kita JARANG MEMBERI kepada ALLAH!

        Sesungguhnya, Allah SWT yang perlukan kita atau kita yang perlukan Allah SWT!?

        “Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU (balasan Tuhan) amatlah pedih (menyakitkan)”

        [Surah:Ibrahim;7]

        Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

         
        Posted @ www.isuhangat.net.

        Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

        JOM CARI DUIT DARI INTERNET

        **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**







        Related Blogs

          ]]>
          5
          admin <![CDATA[Makan Facebook, Tidur Facebook]]> http://www.isuhangat.net/?p=5963 2012-01-23T16:15:24Z 2012-01-23T16:15:14Z

          Kekuatan Facebook yang semakin hari sekian kuat membuatkan ramai yang membuat sesuatu berdasarkan logo laman sosial tersebut. Kali ini, katil Facebook muncul.

          isuhangat.net

          Seperti dari SlashGear, Tomislav Zvonaric membuat sebuah konsep katil dengan workstation (meja kerja) yang akan memuaskan pengguna maniak Facebook.


          Katil Facebook bernama ‘FBed’ ini berbentuk huruf F dari logo Facebook dengan posisi tertidur.

          Di bahagian meja kerja FBed, pengguna boleh dan mengadap monitor CP. “FBed merupakan tempat tidur multipraktis konseptual yang membuat pengguna boleh terus update dengan Facebook, malah semasa sedang tidur sekalipun. Juga sudah letih, pengguna boleh terus tidur,” ujar Zvonaric.

          Namun begitu, masih belum pasti bila FBed akan dipasarkan.

          isuhangat.net

          isuhangat.net

          Posted @ www.isuhangat.net.

          Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

          JOM CARI DUIT DARI INTERNET

          **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**







          Related Blogs

            ]]>
            0
            admin <![CDATA[Segelas Air Untuk Engineer]]> http://www.isuhangat.net/?p=5958 2012-01-21T17:08:09Z 2012-01-21T17:08:07Z

            Di sebuah telaga minyak di Arab Saudi, di akhir tahun 40-an….

            Seorang pegawai berpangkat rendah, remaja tempatan Arab Saudi, merasa haus dan bergegas mencari air untuk membasah tekaknya kering. Diaa begitu gembira ketika melihat air sejuk didepannya dan dengan cepat dia mengisi air sejuk ke dalam gelas.

            Belum sempat dia minum, tiba-tiba dia terhenti kerana sebuah herdikan: “Woi, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendah. Air ini hanya khas untuk jurutera” Suara itu berasal dari mulut seorang jurutera Amerika yang bekerja di perniagaan tersebut.

            Remaja itu akhirnya hanya terdiam menahan haus. Dia tahu dia hanya anak miskin lulusan sekolah asas. Kalaupun ada pendidikan yang dibanggakan, dia lulusan lembaga Tahfiz Quran, tapi kepakarannya itu tidak ada harganya di syarikat minyak yang semasa itu masih dikendalikan oleh Amerika.


            Herdikan itu selalu terngiang-ngiang di telinganya. Dia selalu bertanya-tanya: Kenapa ini terjadi padaku? Kenapa segelas air sahaja dilarang untuk ku? Apakah kerana aku pekerja rendahan,sedangkan mereka jurutera ? Apakah kalau aku jadi jurutera aku boleh minum? Apakah aku boleh jadi jurutera seperti mereka?

            Pertanyaan ini selalu tengiang-ngiang dalam dirinya. Kejadian ini akhirnya menjadi momentum baginya untuk membangkitkan “SIKAP POSITIF” . Muncul komitmen dalam dirinya. Remaja miskin itu bekerja keras siang hari dan bersekolah pada malam hari. Hampir setiap hari dia kurang tidur untuk mengejar citanya.

            Banyak juga kata-kata melemahkan semangat yang diterima dari rakan-rakannya tapi dia tidak ambil peduli. Hasil kerja kerasnya mendapat hasil. Dia akhirnya lulus dalam peperiksaan dengan cemerlamg. Dia kemudai ditawarkan menyambung pelajaran ke Amerika mengambil jurusan bidang teknik dan master bidang geologi. Pemuda ini lulus dengan hasil memuaskan. Seterusnya dia pulang ke negerinya dan menjadi seorang jurutera.

            Kini dia sudah menaklukkan ”rasa sakit”nya, kembali sebagai jurutera dan boleh minum air yang dulu dilarang baginya.

            Apakah sampai di situ sahaja? Tidak, kariernya terus berkembang dengan pesar. Hasil kerja kerasnya, kerjayanya melonjak dari ketua bahagian, ketua cawangan, pengurus sehingga akhirnya dia menjawat jawatan sebagai wakil pengarah, jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh orang tempatan semasa itu.

            Ketika ia menjawat wakil pengarah, jurutera Amerika yang dulu pernah mengusirnya, kini menjadi orang bawahannya. Suatu hari jurutera tersebut datang menghadap kerana ingin minta izin untuk bercuti dan berkata; “Aku ingin memohon cuti panjang, saya berharap anda tidak mengaitkan kejadian air di masa lalu dengan pekerjaan rasmi ini. Aku berharap Anda tidak membalas dendam, atas kekasaran dan keburukan tingkahlaku aku di masa lalu”

            Jawapan pengarah bekas pekerja bawahan ini: “Aku ingin berterimakasih kepadamu kerana kau melarang aku minum semasa itu. Ya dulu aku sangat benci padamu. Tapi, setelah izin Allah, kamu lah aku berusaha hingga aku meraih kejayaan ini.”

            Kini sikap positfnya sudah membuahkan hasil, lalu apakah ceritanya sampai di sini?

            Tidak. Akhirnya bekas pegawai bawahan ini mendapat jawatan tertinggi di perniagaan tersebut. Dia menjadi Presiden Pengarah pertama yang berasal dari bangsa Arab.

            Tahukan kamu apa perniagaan yang dipimpinnya? Perusahaan itu adalah Aramco (Arabian American Oil Company)perniagaan minyak terbesar di dunia. Ditangannya perniagaan ini semakin membesar dan kepemilikan Arab Saudi semakin dominan. Kini perusahaan ini menghasilkan 3.4 juta barrels (540,000,000 m3) dan mengendalikan lebih dari 100 ladang pusat gas di Arab Saudi dengan total cadangan 264 billiom barrels (4.20×1010 m3) minyak dan 253 triliun cadangan gas.

            Di atas prestasinya, dia dilantik oleh Raja Arab Saudi untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Minyak dan Mineral yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia.

            Ini adalah kisah benar Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sehingga sekarang (2012) menjawat Menteri Minyak dan Mineral Arab Saudi.

            Bayangkan, hanya dengan mengembangkan penghinaan menjadi perkara yang positif, isu air segelas di masa lalu membentuknya menjadi salah seorang penguasa minyak yang paling berpengaruh di seluruh dunia.

            Posted @ www.isuhangat.net.

            Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

            JOM CARI DUIT DARI INTERNET

            **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**






            Related Blogs

              ]]>
              6
              admin <![CDATA[Kamus Bahasa Johor]]> http://www.isuhangat.net/?p=5950 2012-01-20T16:35:28Z 2012-01-20T16:35:26Z

              Kamus ini dari senarai bahasa orang Johor dari FB persatuan Bangsa Johor.

              Bahasa orang Johor tidak banyak loghat yang sukar difahami. Ini kerana bahasa dari kebangsaan Johor- Riau ni lebih kurang dengan Bahasa Malaysia. Bahasa yang biasa di gunakan di TV. Namun begitu banyak juga bahasa orang ‘pure Johor’. Tapi ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Ini tidak termasuk darei loghat dari bangsa seperti Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya

              Lapor – Lapar
              Kejor – Kejar
              Segor – segar
              Selipor – selipar
              Gebor – selimut
              Grobok – Almari
              Besor – Besar
              Muor – Muar
              Engko – Engkau
              Calor – calar


              Cador – cadar
              Kosi – kerusi
              Gambor – Gambar
              Tampor – tampar
              Pasor – pasar
              Lawo – cantik
              Sokkabor – Surat Khabar
              Hantor – hantar
              Belajor – belajar
              Bandor – Bandar
              Tikor – tikar
              Esbok – Peti Sejuk
              Sogame – sekolah agama
              pestol – pistol
              Hangen – angin
              Ngeteh – Minum air di kedai
              Air Tawo – Air Tawar
              Jajan – Makanan Ringan
              Pasor Lambak – Pasar Malam

              Posted @ www.isuhangat.net.

              Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

              JOM CARI DUIT DARI INTERNET

              **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**






              Related Blogs

                ]]>
                7
                admin <![CDATA[Gambar-gambar Hangat Minggu Ini]]> http://www.isuhangat.net/?p=5941 2012-01-15T18:01:01Z 2012-01-15T17:47:47Z

                Paling Hangat: Gambar askar Amerika kencing ke atas mayat askar Taliban.

                 

                Awal minggu lalu, Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bahri

                Lagi politik di Malaysia, Hassan Ali dipecat dari PAS.


                Rusuhan di Nigeria kerana kenaikan harga minyak.

                Hattan walau pada mulanya menafikannya namun akhirnya disahkan bercerai dengan Farah.

                Apple menangguhkan pelancaran iPhone 4S sehingga menyebabkan rusuhan di China

                Posted @ www.isuhangat.net.

                Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

                JOM CARI DUIT DARI INTERNET

                **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





                 

                Related Blogs

                 

                Related Blogs


                Related Blogs

                  ]]>
                  2
                  admin <![CDATA[Israel Dan Amerika Dalang Pembunuhan Saintis Iran]]> http://www.isuhangat.net/?p=5934 2012-01-13T07:18:59Z 2012-01-13T07:18:56Z

                  TEHERAN, Iran – Presiden Iran menuduh Israel dan Barat berada di belakang dua serangan bom yang membunuh saintis nuklear Iran Mostafa Ahmadi Roshan yang bertanggungjawab melakukan kajian terhadap pengasingan gas di pusat uranium Natanz dan mencederakan yang lain dalam kereta mereka di Tehran pada hari Isnin.

                  Mahmoud Ahmadinejad dan pegawai Iran yang lain bersumpah bahawa program nuklear tidak akan terjejas oleh apa yang mereka digambarkan sebagai sebuah kempen untuk sabotaj itu.

                  Sekurang-kurangnya dua orang saintis nuklear Iran telah maut dalam beberapa tahun kebelakangan ini, salah satu dari mereka dalam serangan yang serupa dengan hari Isnin lalu.

                  Ketika ditanya tentang tuduhan Iran, jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev enggan memngulas manakala di Washington, jurucakap Jabatan Luar Negeri AS PJ Crowley mengatakan, “Kami mengutuk tindakan keganasan, di mana-mana terjadi, kita tidak mempunyai maklumat tentang apa yang terjadi ..”

                  Sementara itu, Ahmadinejad juga mengakui untuk pertama kalinya bahawa sebuah worm komputer yang terkena sentrifugal dalam program pengayaan uranium Iran, yang PBB menuntut Teheran menghentikan.

                  Iran sebelum ini mengakui menemui worm Stuxnet, yang dikatakan oleh pakar untuk menghancurkan sentrifugal dengan menyebabkan mereka terlepas kawalan, di kemudahan nuklearnya. Namun para pegawai Iran – termasuk Salehi – mengatakan perkara itu ditemui dan dineutralkan sebelum anda boleh menyebabkan kerosakan, dan mereka menuduh Barat mencuba sabotaj program Iran.

                  Tetapi Ahmadinejad mengatakan kepada wartawan, “Mereka berjaya membuat masalah bagi sejumlah terhad sentrifugal kami melalui perisian … dipasang pada bahagian elektronik Tapi ini (virus) dijumpai. Dan masalah itu diselesaikan.”
                  Dia mengatakan pakar sains Iran telah belajar daripada usaha mereka ini.

                  Ketua Polis Teheran Hossein Sajednia mengatakan belum ada yang ditangkap berhubung dengan serangan hari Isnin dan tidak ada yang setakat ini mengaku bertanggung jawab.

                  Sebuah laman pro kerajaan, mashreghnews.ir, kata saintis yang cedera, Abbasi, adalah anggota Pengawal Revolusi yang ahli di bidang laser di Kementerian Pertahanan Iran dan salah satu daripada beberapa pakar Iran atas dalam pemisahan isotop nuklear – sebuah proses yang diperlukan untuk tujuan, dari menghasilkan bahan bakar uranium yang diperkaya untuk reaktor, untuk pembuatan isotop perubatan untuk menghasilkan bom.

                  Posted @ www.isuhangat.net.

                  Protected by Copyscape Duplicate Content Detector

                  JOM CARI DUIT DARI INTERNET

                  **LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**







                  Related Blogs

                    ]]>
                    2