Sejak nahas Bas Sani Ekspress kelmarin yang menyebabkan 10 maut, isu hangat di Malaysia ialah pasal bas 2 tingkat ni. Bas dua tingkat ni mula masuk di Malaysia sejak 1-2 tahun dulu. Kemunculan bas-bas baru yang cantik ni menarik perhatian apabila di lebuhraya. Saya sendiri pun tidak pernah menaiki bas 2 tingkat. Dari mereka yang pernah naik kata ok-stabil dan laju. Laju mungkin kerana bas-bas ni memang canggih dan baru. Seorang kawan yang menjadi pemandu bas 2 tingkat ni berkata hanya main tolak-tolak suis jer.
Mungkin kerana dah canggih sangat, membuatkan pemandu muda terleka dan terlelap. Ini kemungkinan sebelum siasatan kerana dikatakan bas tersebut baru beli 3 bulan dan kelajuan semasa kejadian dari GPS hanya 91km/j. Bas pula memang power tekan sikit jer dah laju. Mungkin di mindset pemandu tu dah nama “bas ekspress” mestilah laju kan. Selain tu badan bas ni diperbuat dari material apa? Jika dilihat di kaca TV tengok bas ni naik hancur dibuatnya macam tiada ciri-ciri keselamatan langsung.
Siapa pula tokey Sani Ekspress ni?
Sani Ekspress ini dipunyai oleh Sani Salleh. Sani Salleh merupakan bekas artis kumpulan Impression yang dianggotai juga oleh Eizlan Yusof dan Norman Hakim.
Sani Salleh ni pernah muncul di Kosmo berkenaan dengan kereta beliau iaitu Ferrari F30 Modenna dengan nombor platnya WQL 1 dan bercadang untuk membeli Lamborghini yang bernilai RM2 juta pula tahun depan. Tahniah atas kejayaan Sani Salleh ni tapi apabila dah berlaku nahas maut ni jangan pula En Salleh sebagai tuan punyanya mestilah bertanggungjawab atas kejadian ini.
Sumber gambar : Kosmo.
Macam-macam usul di cadangkan di media, warung kopi dan di mana-mana pun. Semua cuba mencari salah siapa. Apa yang penting ialah pelan tindakan supaya kemalangan maut bas ekspress ini tidak berlaku lagi. Isuhangat mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan saudara mara di kemalangan bas dua tingkat ni.
**Masalah jerawat, jeragat, bintik hitam, liang pori besar, parut? dapatkan EUMORA**
**HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT DI MUKA/BADAN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI**







