pegawai khas PM Datuk Nasir Safar

*Sumber gambar malaysiakini

Pegawai Khas PM, Datuk Nasir Safar meletakkan jawatan kerana ucapannya yang berbau racist semasa berucap pada seminar ’1Malaysia’ di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Datuk Nasir Safar telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Baguslah kalau dia sedar kesilapannya sendiri dan meletakkan jawatan. Macam mana orang kuat PM sendiri tak hayati konsep 1Malaysia bossnya sendiri?

Semakin lama kita merdeka, semakin banyak timbul isu perkauman ni.

Akhir tahun lalu, dunia facebook Malaysia digemparkan dengan perbualan di wall facebook seorang pelajar yang berbentuk racis juga. Isu tersebut masih hangat di Facebook walau pun pelajar tersebut telah meminta maaf secara terbuka.

facebook ong siang ying

Padukan perpaduan kita untuk hidup aman dan makmur, pihak anasir luar sentiasa suka melihat kita bersengketa. Berhati-hati membuat tulisan dan kenyataan. Perpaduan..Awas! Fragile = Mudah Pecah

 

**Rahsia mendapat RM 10000 dalam mase seminggu, sesuai untuk semua peringkat umur!!!**

**MENJUAL JEANS LEVIS 501/505/523/JORDAN/CLOT/NEIGHBORHOOD/FENOM/COOPER DESIGN JAPAN DAN HONGKONG **

**Rahsia Sistem Pemikat Jualan**

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0