KEAJAIBAN MINDA (Tajuk boleh di tukar mengikut relevan artikel)
Salam Evolusi
Manusia diberi anugurah minda untuk membezakan kita dengan haiwan. Setiap manusia semuanya mempunyai minda yang hebat cuma pandai atau tidak mengawal minda kita. Jika tidak terkawal, itu yang terjadi anak membunuh bapa, datuk,nenek dan adiknya. Yang terkini seorang lagi anak yang membunuh ayahnya menggunakan kerambit yang menjadi hiasan rumah.
So, stay cool..

Minda ibarat Lampu Alladdin. Wah! Betulkah itu? Bagaimana boleh jadi macam tu? Ajaibnya. Sesungguhnya minda kita memang ajaib. Bila kita tahu dan kenal kemampuan minda, barulah kita sedar betapa hebatnya minda kurniaan Allah itu kepada kita. Dalam perjalanan mencapai impian dan menuju puncak kejayaan, minda adalah asbab utamanya. Tanpa gambaran minda yang betul agak mustahil untuk seseorang individu itu mencapai matlamat hidupnya.
Setiap hari kita didatangi oleh pelbagai perasaan, kita diuji dengan bermacam-macam kerenah, kita disogokkan dengan puluhan emosi. Tiada satu pun yang mampu membuat kita bertenang, bergembira atau merasa relax. Kebanyakkannya hanyalah mengundang permasalahan. Keadaan serabut yang sebegini tidak akan mampu menjanjikan kejayaan buat individu. Emosi merupakan satu-satunya bahasa minda yang digunapakai oleh universe bagi merealisasikan impian dan kehendak manusia.
Minda menyampaikan hasrat seseorang individu kepada universe melalui emosi. Jika seseorang individu itu sentiasa berasa murung maka isyarat yang disampaikan oleh minda kepada universe adalah kegagalan, kehancuran, putus asa, dan tiada semangat. Manusia itu akan terus menjalani kehidupan dalam keadaan yang musnah. Walaubagaimana hebat dia berusaha untuk memperbaiki nasibnya atau meningkatkan taraf kehidupannya namun apa yang manusia itu dapat sebagai hasilnya adalah kekecewaan.
Keadaan ini akan menyebabkan dia bertambah kecewa, bertambah murung dan manusia tersebut akan mengakhiri kehidupannya dengan situasi yang sedemikian. Keadaan malang ini bukan hanya akan dinikmati oleh dia seorang tetapi ia akan diwarisi oleh seluruh generasinya sehinggalah ada di dalam generasinya itu memiliki kesedaran tentang minda. Generasinya yang baru ini mempunyai ilmu tentang bagaimana untuk menukar isyarat gelombang minda yang telah dihantar bertahun-tahun lamanya oleh datuknya.
Generasi X ini menukar gelombang mindanya dengan menukar emosi yang sedia ada. Dia berusaha mengubah emosinya, belajar merasai kebahagiaan, belajar merasai kaya, belajar merasai ceria, belajar merasai puas. Usaha tanpa jemu generasi X ini diterima oleh universe sebagai isyarat baru. Isyarat ini kemudiannya diproses oleh universe dan di realisasikan kedalam kehidupan generasi X. Tanpa disedari generasi X yang berasal daripada keluarga miskin yang sentiasa kemurungan kini bertukar kehidupannya menjadi kaya, bahagia, ceria.
Wow! Mudahnya untuk mejadi kaya. Itu hanya merupakan salah satu teknik daripada puluhan teknik menjadi kaya. Walaubagaimanapun, sebelum lain-lain teknik diaplikasikan, pertama-tamanya hendaklah mengaplikasikan teknik yang tersebut di atas tadi. Tanpa bahasa yang betul, universe tidak mampu merealisasikan sesuatu impian. Mengapa begitu? Jawapannya adalah kerana, universe hanya akan memproses sesuatu emosi yang betul-betul kuat. Jika emsoi sedih yang kuat, maka universe akan realisasikan kesedihan. Jika emosi keseronokkan yang kuat, universe pasti akan merealisasikan kebahagiaan.
Maka kesimpulan yang mampu dibuat adalah, untuk memperolehi apa yang kita hendak atau mendapatkan apa yang diingini individu itu mestilah menghantar isyarat yang betul kepada universe. Isyarat yang dihantar mestilah dalam bentuk emosi. Syarat utama individu tersebut mestilah yakin dengan permintaannya. Ia harus berterusan dan individu itu mesti merasakan seolah-olah kejadian tersebut benar-benar berlaku. Ia mesti dihayati, mesti dirasai, mesti realisasikan dalam minda individu tersebut. Apabila keadaan ini dilakukan maka tenaga yang dihasilkan oleh isyarat minda kepada universe menjadi terang dan nyata. Akibat daripada isyarat yang terang dan nyata ini maka universe akan memahaminya tanpa sebarang kemusykilan. Hasilnya adalah impian yang dicita-citakan.
Ajaibkan minda kita. Kehebatannya mampu merealisasikan apa sahaja asalkan isyarat yang dihantar terang dan nyata. Jika isyarat tersebut mengelirukan ini mengakibatkan hasil yang diharapkan menjadi lambat atau langsung tidak menjadi. Keadaan ini boleh di uji dan lihatlah keajaiban yang bakal anda rasakan. Sebaiknya mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu untuk membina keyakinan. Sikap semulajadi manusia sememangnya akan yakin dengan sesuatu yang kecil dahulu. Sekiranya ia berhasil maka kita tambah dengan perkara yang lebih besar dan seterusnya kepada impian yang selama ini terpendam.
Di Seminar Percuma EM, kami kongsikan ilmu minda ini dengan peserta yang sudi meluangkan masa menghadiri seminar PERCUMA kami. Selain itu kami juga berkongsi ilmu tentang warna, paradigma serta minda jutawan. Jadual Seminar Percuma kami ada diserta di bawah dan sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi En Yusmi – 013 377 8004 (telefon/sms) atau isi borang yang disediakan di web. (Rujuk link di bawah.)

Artikel ini ditulis oleh Puan Hajjah Arina Abbas. Beliau merupakan Moderator Evolusi Minda, iaitu badan syarikat yang menjalankan latihan dan memberi kursus serta seminar berkaitan kuasa minda. Kunjungi laman web http://www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html untuk keterangan lanjut. Jemput juga lawat blog EM di www.evolusiminda.com/blog
Jadual Seminar PERCUMA Evolusi Minda
| Tarikh Seminar PERCUMA Evolusi Minda |
Masa | Tempat |
|---|---|---|
| 8hb atau 9hb atau 10hb Januari 2010 (Jumaat; Sabtu; Ahad) |
8.30mlm hingga 10.45mlm | Pusat Latihan Wisma Norbaya, No 15, Jalan 2/4C, Desa Melawati 53100 Kuala Lumpur>Klik, lihat peta< |
| 16hb atau 17hb Januari 2010 (Sabtu; Ahad) |
||
| 22hb atau 23hb atau 24hb Januari 2010 (Jumaat; Sabtu; Ahad) |
||
| 31hb Januari 2010 (Ahad) |
||
| 5hb atau 6hb atau 7hb Febuari 2010 (Jumaat; Sabtu; Ahad) |



