17 Mac

due 8Mac

22 Feb

Kisah tragis percintaan dikongsi kepada mereka yang sedang bercinta/berkahwin tu janganlah khianati awek/pak we/isteri dan suami anda. Yang sedihnya kecurangan berlaku dari chatting. Tu la dah banyak kali saya cakap chatting ni banyak keburukan dari kebaikannya. Baik baca blog isuhangat ni ha..

Kepada awek ni kalau terbaca baliklah kat tunang awak tu, kesian benar saya tengok.
Salam..
ini mengenai kisah yang aku lalui sekarang..
Aku berumur 33 tahun pada tahun ini (19 Julai 2010)..
Dan aku belum berkahwin.
Aku bekerja sebagai pelukis pelan di dalam sektor Automation.
di pendekkan cerita. Hati aku begitu hancur, kecewa….

Aku berkenalan dengan seorang gadis pada penghujung tahun 2006, dan pada awal tahun 2007 kami mengikat talian pertunangan(selepas banjir besar johor yg pertama sebelum banjir besar kedua).. jarak umur kami 10 tahun.. oleh kerana orang yang saya sayang ingin sambung belajar, saya sanggup tunggu..
selama beberapa tahun ini, kami bahagia,.. walaupun saya banyak bersabar dengan karenah dia.. saya faham hati orang muda…

Saya sangat sayang dia… di setiap kejayaan saya saya sematkan dia didalamnya… setiap usaha saya saya sematkan dia di dalam nya..

Apa yang x cukup padanya, saya cuba sempurnakan.. sebab saya terlalu sayangkannya..
Dunia aku hanya ada dia..

Sentiasa aku mendoakan kebahagiaan kami. menimang cahaya mata bersamanya, membesarkan anak anak bersamanya.. itulah impian aku..

Tahun ini kami akan berkahwin.. aku dah rancang majlis kahwin, aku dah buat persiapan, kalau xda aral melintang… bulan November 2010 kami akan di ijabkabulkan…

Cerita bermula…..
pada 3 minggu lepas awal bulan february.. hati ku mula rasa gelisah.. aku buat x tahu.. tetapi aku dapat tahu bila… bil talipon yg aku bayar tiap tiap bulan meningkat mendadak… dalam masa tidak sampai 10 hari bil talipon dia sudah jejak 300 ringgit… padahal bil talipon aku masih lagi dalam lingkungan 80-100 sebulan.. aku banyak membuat pertanyaan pada dia, sehinggakan aku membuat panggilan pada CELCOM dan marah pada pengurusannya. ku fikirkan meraka membuat silap.. ternyata aku silap.

2 minggu lepas. Tunang aku mengaku dia mempunyai “pakwe” lain.. hati gugup..jatuh.. aku merana.. begitu sebaknya hati aku..

Sanggup dia buat aku begini, setelah sekian lamanya aku berjuang tuk dia, setelah sekian lamanya aku mendambakan diri ini untuk dia.. setelah sekian lamanya aku beri dia kemudahan, apa saja tuk dia…
kasih sayang, kesetiaan, kebebasan, belajar, kemudahan, harta benda… aku hanya dapat ini… kecewa.

Yang membuatkan aku lebih kecewa.. dia bercinta dengan lelaki dari laman sembang I-Mesh (perkenalan mereka hanya 4 bulan-kenalan biasa).. tapi mereka mula keluar berjumpa 3 minggu lepas.. Tunang aku mengaku mereka bercinta pada pertama kali berjumpa.. hari selasa… dan hari rabu mereka berjumpa lagi… mereka bercinta seperti xpress.. aku begitu kecewa…

Tunang aku memberitahu bulan mac 2010 ini dia akan balik ke johor.. dan nak memutuskan pertunangan ini.. aku x dapat terima apa yang dia cakap.. aku sudah terlalu tua untuk masalah ini…

Tunang aku bakal guru.. (tengah belajar di tanjung malim).. sem depan dia praktikal..

Aku x boleh kehilangan dia…
aku terlalu sayangkan dia..
Sampai Syurga… (lagu yang terakhir aku hadiahkan tuk dia)
Bertahta dihati.. (lagu pertama aku dan dia)

apa dosa aku.. memang aku sedar, aku sewaktu muda ada buat salah..
adakah ini balasan aku..
aku xleh tumpu pada kehidupan aku..
Tiap tiap malam aku panjatkan doa, agar hubungan kami diselamatkan..
Istiharah aku mengambarkan dia, aku dan 3 budak kecil..
aku yakin kami akan bahagia…
Begitu teruk dugaan yang aku alami tuk menuju ke jalan yg Halal.. yang diredai Allah..

semakin lama perubahan dia ketara…. aku seperti tiada makna..

apa salah ku…
apa dosa ku..

sahabat sekalian, tolong lah aku..
doakan kami bersatu kembali..
doakanlah kebahagiaan kami..
aku amat menyayangi dia… sepenuh hati,
sampai ke hujung hayat ku…

**TIPS HUTANG: – Anda Kini Mampu Hidup Lebih Tenang**

**RAHSIA BESAR ORANG KERAJAAN BUAT DUIT 5 ANGKA**

**Rahsia Sistem Pemikat Jualan**

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0