Alfatihah kepada Din Beramboi tau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi di Hospital Selayang semalam. Pada mulanya Arwah Din Beramboi dikatakan terkena virus kencing tikus yang kemudian dikatakan sakit denggi berdarah. Apa pun puncanya itu hanya sekadar penyebab sahaja. Kata orang, meninggal pada hari Jumaat ada kelebihannya. Wallahuallam.
Admin pula mengenali Din Beramboi semasa di sekolah menengah pada 80 an tetapi bukan Arwah Din Beramboi ni. Semasa tu Din Beramboi yang admin kenal ialah seorang pakcik yang kurang siuman yang diinterview oleh beberapa orang pelajar U yang dirakam dan diedar secara underground dari tangan ke tangan budak-budak sekolah menggunakan tape masa tu. Ayat-ayat yang saya masih tidak lupa ialah “muko mucam sireh” menjadi bahan gurauan.
Ok selepas itu admin mengenali Din Beramboi pada majalah Ujang. Karakter Din Beramboi seperti juga dengan kaset “Pak cik Din” , lawak yang gila tapi kelakar.
Mengenai arwah Din Beramboi pula, saya tak berapa follow juga pada mulanya sehingga arwah menjadi pengacara Era bersama Aznil. Mendengar radio semasa memandu ke tempat kerja yang sejauh 50 km setiap hari memang membosankan, nasib baik lawak arwah Din Beramboi menyebabkan kita tersengih sorang-sorang dalam keta iaitu dalam rancangan sawancara dan Drama sebabak.
Lawaknya yang spontan, selamba dan brutal menyebabkan lawannya dalam rancangan Drama sebabak terkedu walaupun Azwan Ali sekalipun.
Saya pernah merasai kehilangan arwah bapa memang terasa sangat pedih saat itu, namun kita perlu redho dengan ketentuan Ilahi. Begitu juga diharap keluarga Din Beramboi dapat bersabar dengan dugaan Allah. Sedekahkan Alfatihah setiap kali lepas solat, bacaan Yassin dan ayat AL-Quran, semoga sampai.
Setiap yang hidup pasti mati, hari ini giliran dia, giliran kita bila pula? Sendrik mau ingat.
Alfatihah untuk arwah Din Beramboi…
“PELUANG MEMBINA EMPAYAR BISNES DENGAN MODAL YANG RENDAH SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR!”
**TIPS HUTANG: – Anda Kini Mampu Hidup Lebih Tenang**
**RAHSIA BESAR ORANG KERAJAAN BUAT DUIT 5 ANGKA**
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**






.gif)


takziah untuk keluarga din beramboi.. terasa sedih dan kehilangan…
takziah untuk keluarga din beramboi.. terasa sedih dan kehilangan…
apa kelebihan org yg mnggl hr jumaat ek??? nk gak tahu
apa kelebihan org yg mnggl hr jumaat ek??? nk gak tahu
org yg mati hari jumaat ni,setahu sy laa, terlepas siksa kubur..wallahua’lam
org yg mati hari jumaat ni,setahu sy laa, terlepas siksa kubur..wallahua’lam