
Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
Tahniah kepada BN, aku dah agak BN menang apabila siaran langsung konsert Jomheboh dihentikan tiba-tiba untuk siaran langsung pengumuman keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Kalau BN kalah hanya ada tulisan kat bawah sahaja. Biasa la kan..
Aku dengar banyak pergaduhan kecil berlakuĀ berpunca dari kutuk mengutuk antara dua kumpulan. Lagi pun jarak antara pondok panas kedua-dua kumpulan agak berdekatan walau pun pihak SPR telah melarang mendirikan pondok panas di kawasan berhampiran pembuangan undi.
Biasalah kalau pilihanraya kedua-dua parti yang bertanding nak menang terutama kalau pilihanraya kecil satu Malaysia turun membantu kedua-dua parti dan yang menimbulkan kekecohan biasanya mereka yang datang dari luar dan bukan pengundi berdaftar kawasan sana.
Abang aku ada menetap di Taman Sungai Buaya dan taman tersebut agak ‘gersang’ dari kemajuan mungkin kerana jauh dari bandar Rawang apalagi dengan bandaraya Kuala Lumpur. Rumah di sana banyak yang kosong kerana pembelinya tidak menetap kerana jauh dan lelong bank. Dengarnya bank lelong pun tak laku walau pun ada kilang Perodua di sana.
Maka dengan janji BN untuk membuat susur keluar highway ke situ di harap dapat merancakkan pembangunan di sana. Ini lah dinamakan rezeki pilihanraya kecil, jika PRU-PRU sebelum ini projek ni tak dapat kerana PRK dapat pula. Begitu juga dengan pampasan peneroka Felda Sg Buaya yang diaorang nantikan berbelas tahun.
Cuma diharap janji yang ditaburkan kepada pengundi dapat dipenuhi supaya mereka tidak menghukum semula pada PRU akan datang.
“Baik Punya – terbaik dan terhangat untuk pembaca Isuhangat.net”
**TIPS HUTANG: – Anda Kini Mampu Hidup Lebih Tenang**
**RAHSIA BESAR ORANG KERAJAAN BUAT DUIT 5 ANGKA**
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**





.gif)

