kisah aneh @ isu hangat

GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah gunting yang tersekat dalam kerongkong Lin.

Gara-gara bergurau dengan rakan dengan mencungkil gigi dengan sebilah gunting, seorang lelaki di China menerima musibah apabila dia tertelan gunting tersebut yang kemudian tersekat pada kerongkongnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kong Lin cuba memuntahkan gunting itu keluar tetapi mata gunting itu yang tajam semakin menusuk ke dalam kerongkong menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan di sebuah hospital di timur China.

“Ketika lelaki berumur 27 tahun itu tiba, mukanya pucat dan berpeluh tanda kesakitan,” kata seorang pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Chen Wei.

“Pesakit mengalami kesukaran untuk menelan air liur dan darah bercampur air liur keluar daripada mulut pesakit,” tambahnya.

Sekumpulan pakar bedah melakukan pembedahan kepada Lin tanpa suntikan ubat bius kerana bimbang gunting itu akan menusuk lebih jauh ke dalam kerongkongnya jika dia berada dalam keadaan tidak sedar.

“Pembedahan itu mengambil masa kira-kira 30 minit. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil pada kerongkongnya,” kata Dr. Wei. Posted @ www.isuhangat.net dari Agensi

3 Jun

due

jana wang adsense

“Baik Punya – terbaik dan terhangat untuk pembaca Isuhangat.net”23 May

“PANDUAN BISNES T’SHIRT” src="http://blalang.com/images/baruisuhangat.gif">

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0