Bung Muktar dan Zizie
Sumber: Mstar

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan ke atas Bung Moktar atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Bung Moktar turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama.

Manakala pelakon Zizie Izette A. Samad yang didakwa atas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah akta sama pula dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara selama satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini.

Sementara itu, bagi kesalahan bersubahat dengan Bung Moktar berpoligami mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, Zizie Izette, Datuk Ahmad Shahazmi Abdul Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Titing Putang didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan.

Biar kena denda Bung Moktar dari melakukan maksiat.

3 Jun

jana wang adsense

“Baik Punya – terbaik dan terhangat untuk pembaca Isuhangat.net”23 May

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0