Kepada sesiapa yang ketandusan idea untuk ucapan selamat hari raya pada email,sms etc

Mata kadang salah melihat….
Mulut kadang salah berucap….
Hati kadang salah menduga…..
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada….

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======

______________________________

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin….

______________________________

Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga….
Janji yang terabaikan….
Hati yang berprasangka & …..
Sikap yang pernah menyakitkan….
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

______________________________

Selamat MeYambut Lebaran

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah…

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah…
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah…
Hati-hati bila pulang ke kampung… InsyaAllah…
Ingatlah Allah selalu… Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah…

______________________________

Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

______________________________

Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

————————————————————————

” Sepuluh jari tersusun rapi.. Bunga melati pengharum hati .. SMS dikirim
pengganti diri… Memohon maaf setulus hati … Mohon Maaf Zahir Dan Batin”

—————————————————————————

” Kacau dodol di tengah hari,
Di kacau bersama Upin Dan Ipin,
Ajoi tak mahu ketinggalan sama,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Dan Batin,
Kira kosong-kosong ya..”

———————————————————————-

Meski wajah tidak bersua, tangan tak dapat saling berjabat, semoga SMS singkat ini mampu menjadi jambatan pada hari kemenangan, dengan tulus ikhlas saya ucapkan Minal Aidzin wal faidzin, mohon maaf zahir dan batin.

——————————————————————————-

DI bawah ini pula contoh pantun yang tidak berapa sesuai dan gurauan yang agak melampau SMS hari raya, tapi kalau korang nak suka hati ler :

anak pak abu tu naik traktor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr

Ajoi tu tak pandai dayung sampan
gi kedai beli gula melaka
bulan syawal jer ker boleh bermaafan
bulan yg lain tak leh ker

anak pak mail sampai klinik gigi awal-awal
sebab dia gi kerja naik kereta
syawal tu… tetap ler syawal
tapi maner bole lupa semua sengketa

aper ker jadah mencari pelangi
ooo… anak pak sahak tu namer dia asfan
kalo kesilapan tak diulangi
camner kita nak bermaafan

anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
jap tadi nangis… pas tu start mengumpat
raya tahun depan… mintak ler maaf lagi

bukan ker mak senah sendiri yg tembak gagak
dia tembak ngan boyfriendnyer
maaf tu..maaf ler jugak
duit raya?… sudahhhhh!!! taaaakk der maknenyerrrr!!

anak sedara mak kiah jual cendol
anak mak kiah ader kuasa sakti
aper kelas makan dodol
lebih baik makan spagetthi

anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk… namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
kang kena speed trap nanti

Anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main plak buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja… .batin tu… .issshhh… tak sesuwaiiii!!

due 21 Sept

Due 28 Okt UsahawanRemaja.Com | Rahsia Jana Pendapatan Lumayan Offline & Online Lebih Banyak Dari Ibu Bapa Anda!

jana wang adsense

RM10,000 sehari dengan Forex!

Jom tambah duit raya..0193854182.

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0