Isu Hangat Datuk Sosilawati dan tiga mangsa yang di bakar dan abunya dihanyutkan ke sungai menggemparkan Malaysia di bulan yang mulia ini. Kenapa manusia boleh hilang sifat kemanusiaan sanggup melakukan perbuatan yang kejam tersebut?

Dari berita terkini antara suspek utama ialah serang peguam yang bergelar Datuk. Datuk tersebut dikatakan mempunyai aset yang banyak. Ini menunjukkan Datuk tersebut seorang yang berada bukannya macam peragut dan perompak yang terdesak. Namun begitu diharap peristiwa ini memberi keinsafan kepada kita.

Mempunyai banyak wang dan membuat seseorang lebih kaya, belum tentu membuatkan seseorang itu bahagia. Hasil kajiselidik dari University of Warwick dan Cardiff University, mempunyai kesimpulan bahawa kebahagiaan seseorang itu bergantung pada lingkungan sosialnya.

Hasil kajiannya itu menunjukkan, jika seseorang pendapatannya meningkat itu belum tentu membuatnya bahagia jika tak mengubah posisi sosialnya. Untuk membuatnya bahagia, pendapatan itu harus menjadikannya lebih kaya dari rakan-rakannya atau jirannya.“Seseorang dengan pendapatannya 1 juta dolar AS setahun belum tentu bahagia jika ia tahu temannya berpendapatan 2 juta dolar AS setahun,” ujar Chris Boyce, pengkaji dari University of Warwick, yang mengkaji masalah itu.

Mungkin itulah, kenapa kebahagiaan tak hanya milik orang kaya sahaja. Orang miskin yang merasa “lebih beruntung” boleh merasa bahagia jika melihat nasibnya lebih baik dibanding orang lain yang lebih miskin. Sebaliknya, orang kaya yang hidup di taman perumahan yang semua penghuninya orang-orang kaya, merasa tertekan kerana dia jadi “orang miskin” di antara orang-orang kaya. Tetapi dia boleh merasa bahagia jika mensyukuri apa yang sudah didapatkan dengan membandingkannya pada orang lain di luar lingkungan yang hidupnya serba sederhana. Itulah pentingnya berfikiran positif.

Berikut , hasil kajian lain yang dikeluarkankan pada 1 Julai 2010 yang juga menunjukkan hasil yang sama. Penyelidikan yang meliputi 136,000 orang dari 132 negara itu menunjukkan bahawa tidak bererti negara yang masyarakatnya lebih kaya, masyarakatnya lebih bahagia. Amerika Syarikat yang penduduknya rata-rata paling kaya di dunia hanya berada di rangking ke-16 di antara 132 negara di dunia dalam soal kebahagiaan. Wang memang membuat mereka lebih kaya tetapi belum tentu membuatnya lebih bahagia.

Ada juga negara seperti Korea Selatan dan Russia yang dari pendapatan masyarakatnya tinggi tapi mereka kurang menikmati hidup sehingga dalam ranking kebahagiaan itu mereka berada di bawah. Urutan pertama diduduki Denmark. Kuncinya kerana masyarakat Denmark lebih berfikiran positif dan lebih menikmati hidup sehingga mereka lebih berbahagia.

Kesimpulannya berapa banyak pun wang kita tidak menjamin kita akan bahagia, mensyukuri apa yang ada akan membuat kita jauh lebih bahagia.

Posted @ www.isuhangat.net

due 21 Sept

Due 28 Okt UsahawanRemaja.Com | Rahsia Jana Pendapatan Lumayan Offline & Online Lebih Banyak Dari Ibu Bapa Anda!

jana wang adsense

RM10,000 sehari dengan Forex!

Jom tambah duit raya..0193854182.

 

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0