Isuhangat ingin mengucapkan takziah kepada mangsa yang cedera dan keluarga mangsa yang meninggal dunia semasa tragedi ngeri 10.10.10. Tarikh tersebut akan diingati oleh mereka yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, di Rembau. Mari kita sedekahkan Alfatihah kepada mereka yang telah meninggal.
Dari berita mengatakan Bas Delima Ekspress yang telah masuk ke lorong bertentangan semasa kejadian adalah masih baru dan sering melepasi ujian Puspakom. Pemandu bas, Ramachandra Ramasamy walaupun berumur 52 tahun disahkan masih sihat dan tidak pernah ada kes sebelumnya.
Gambar kemalangan ada di akhir entri ini.
Secara kebetulan , saya juga mendapat aduan mengenai pemandu bas ekspress melalui email blalang_groups. Ini bukan pasal pemandu bas ekspress yang memandu laju tetapi pemandu bas ekspress yang tiada belas kasihan kepada warga emas.
Salam buat semua ! Semuga kalian diberkati dalam apajua usaha yg kalian usahakan.
Saje nak ceritakan apa yg berlaku awal malam tadi 8hb okt 2010. Sedih dan grrrr !!!
Camni ceritanya….
Sejurus selepas makan malam tadi, saya mendapat panggilan dari jiran saya meminta tolong ambil Ibu dan datuk nya di persimpangan Johor Bahru – Mersing – Air Tawar – Kota Tinggi. Sebelum BYPASS Kota Tinggi – Johor Bahru.
Menurut katanya , Bas Ekspress Syarikat Pengangkutan Maju Bhd yang bernombor tak ingat dan tak tercatit di tiket yang bernombor 136492 , dari Kuantan ke JB yang sepatutnya melalui route ke Bandar Kota Tinggi gagal berbuat demikian. Bas yang membawa kedua orang tua itu ( Ibu berumur 50an dan datukya berumur 70++ tahun uzur )menurunkan mereka ditempat yang gelap berhampiran persimpangan tersebut . Pemandu bas itu memberi alasan BAS TAK MASUK BANDAR KOTA TINGGI!!!
Saya amat kesian dengan kedua orang tua itu dengan barang yang banyak ditinggalkan ditempat yang langsung tak ada kemudahan asas itu. Saya diberitahu oleh Si Ibu yang ayah nya (datuk) terasa hendak buang air kecil ..tapi tak ada tempat. Oleh kerana tidak tertahan Datuk yg uzur itu berikhtiar juga mencari tempat agar dapat melepaskan hajatnya. Tapi malangnya beliau terjatuh dicerun dipinggir side table jalan itu.
Sesampainya saya dilokasi, hati saya meratapi nasib kedua orang tua itu. Apatah lagi saya sudah tidak punya kedua ibu bapa. Amat sedih sekali saya lihat dugaan yang dilalui kedua orang tua itu. Saya terus membantu jiran saya menaikan barang kedalam kereta saya. Brangnya boleh tahan jugak. Diantaranya ada sebuah guni yang berisikan ubi kayu, sayur nangka dsb yg agak berat . Bayangkan …bertapa kejamnya pemandu itu melepaskan barangan dan membiarkan kedua orang tua itu terkapar-kapar di tepi jalan yang gelap itu. Saya tak berhenti-henti memujuk hati kedua orang tua itu agar bersabar dengan dugaan ini.
Saya geram jugak dengan apa yang terjadi. Saya juga difahamkan perjalanan yang sepatutnya pada pukul 3.30ptg telah lewat sehingga 4.00ptg. Ini boleh diterima, Tarikh 8hbOkt,2010Tiket dikeluarkan oleh MAJU EKSPRES. KUANTAN: NO 19, ARAS 1, TERMINAL MAKMUR.
Sepanjang penglihatan saya , Bas ekspres dari pantai timur sering menurunkan penumpang di bandar Kota Tinggi. Jadi saya assume samaada Bdr Kota Tinggi termasuk dalam route atau mungkin jasa baik dan timbang rasa pemandu. Saya Pun Tak check. Walau apa pun, saya mengucapkan syabas pada pemandu yang sedemikian. Tapi bagi pemandu atau SYARIKAT PENGANGKUTAN MAJU BERHAD semuga Allah akan memberi hidayah pada pemandu tersebut KHASNYA dan KAKITANGAN YANG LAIN AMNYA.
Sekian lah saje cerita benar saya kali ini.
Admin: Mungkin pemandu bas ekspress mengikut arahan tetapi jika dia menambah masa hanya 15-20 minit perjalanan pasti dia mendapat habuan yang selayaknya di Akhirat. Cuba dia bayangkan kalau bapanya yang sudah tua dibuat begitu. Syarikat bas tersebut perlu memikirkan keselesaan penumpang bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Oleh kerana orang sudah email gambar kemalangan tersebut , rasa rugi kalau saya tak berkongsi. Tiada gambar 18SG yang dipaparkan.
Jem akibat kemalangan tragedi ngeri 10.10.10

Kereta yang dihempap bas ekspress Delima Ekspress.
:
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**











masa ni lah ramai yg keluar tv bagi cadangan…kemalangan ngeri sama berlaku jg. inilah masalahnya undang-undang terlalu banyak ttp penguatkuasaan kurang. Al-Fatihah.
wainna ilahiroji’un
Setiap yang hidup pasti tidak boleh lari dari kematian.
Yang penting tingkatkan ibadah kepada ALLAH kerana kita semua bakal melaluinya walaupun dgn cara yang berbeza.
takut nak naik bas pasni.
si anak pun satu,sekali sekala balik lah kg ambil mak ayah datang umah…
salah pemandu bas pun ya,tapi adakan si anak berasa bersalah dalam hal ni…..
manusia . kslpan yg berlaku tak dapat diulangi balik . zmn skg bnyk pkra2 xelok blku sbb nya tiada keteguhan iman dlm diri(aku de la ket2).
Jgn import bas yang kapasiti melebihi 10,000cc.15tahun lepas rasanya kalau ada kemalangan bas pun tak seteruk ni.Bas terlalu canggih,lagi laju lagi selesa.
Saya cadangkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak2 yang ada kereta , tak payahlah naik bas , kepada anak2 yang berkemampuan peliharalah ibu bapa kamu dan lindungilah mereka dari mara bahaya .Semoga Allah memberkati hidup kita.
aku rase pas ni baik sume rakyat m’sia naik keretapi je…lambat tapi selamat….dari laju cepat mati wat pe….
Aku rasa rakyat m’sia naik keter kebal lebih selamat..