
Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.
Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.
Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam
Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
:
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**














salam…kalau petua nk halau lipas n tikus dlm almari ada tak admin??huhuhu
heeee….ubt gegat yer cik izah ;P
Waa…bagus jgk petua nih…ade petua cara murah x nak halau semut…
bagus2..harus cuba nih
Kalau nak poerangkap lipas atau cicak, korang beli produk ridsect yang perangkap pny. mmg berkesan.kereta aku mmg bnyk lipas. tp skrg tiada lg
Knp mesti bungkus botol itu dgn benda b’warna hitam? kalau x bungkus x effectiveke?
krn nyamuk suka warna hitam
mcm mana nk dptkan ragi?
ragi boleh beli di kedai basikal….eh eh sowyy dapat kan di kedai india pun ade..kedai runcit pun ade..
‘untuk menghalau lipas, ambil beberape helai daun pandan masuk kan di tampat tinggal lipas..biasa dalam laci alamari ‘insyallah hilang lipas ke anak cucu yg tinggal taik lipas sahaja.
ragi tu ape?
ragi tu bahan2 untuk buat tapai
ragi= yeast
good idea! umah saya memang banyak nyamuk… siap lah ko nyamuk…
good idea..
apa fungsi ragi & gula merah
dlm xperiment ni?
mi: fungsi dia? hnya pencipta menatang ni je tau..
guys: aku nak try simpan satu kat chalet aku la..kalau takpun kat utan simpan blkg rmh aku..kompom byk.pastu jual kat pasa utk bg makan ikan.
assalamualaikum…
minta kebenaran copy paste cara mudah halau nyamuk
eah ! . thanz bagi tip na tngkp nyamuk , sakedd ati ngn nyamuk ,. xabeh2 giget saye
ragi&gula merah tu apa fungsi
salam…ragi tu boleh x ganti dengan yis untuk buat roti tu..yang jenama “mauripan” ke ape bnde entah…
jawapan sains
:
ragi = yeast = ibu roti.
yis kering macam mauripan pun bole pakai.
yis + gula merah bertindakbalas menghasilkan karbon dioksida.
karbon dioksida ialah gas yang keluar masa kita bernafas yang menarik perhatian nyamuk.
maka nyamuk akan pergi ke botol yang membebaskan karbon dioksida ni sebab konsentrasinya lebih tinggi berbanding nafas kita, lalu masuk kedalam botol, terperangkap dan akhirnya mati.
sekian, kalau salah semuanya dari saya