Semasa musim haji ni, jemaah haji apabila pulang ke tanahair nanti biasanya membeli cenderamata dari Mekah dan Madinah. Air zamzam antaranya adalah satu kemestian kerana bukan senang nak dapat iar zamzam ni yang banyak kelebihannya. Selain dari itu buah kurma,zaitun,tin,kacang, tasbih,kopiah,sejadah, gamis,serban dan sebagainya.
Seperti yang kita ketahui kebanyakan barang-barang tersebut bukanlah produk Arab Saudi. Mereka juga mengimport dari negara lain. Begitu juga peniaga yang berniaga di sana datang banyak negara untuk memenuhi permintaan orang Islam dari seluruh pelusuk dunia. Oleh itu tak peliklah jika ada beberapa barangan yang terlepas pandang yang turut menyelit seperti sejadah yang mengandungi gambar salib yang berlaku hampir musim haji.
RIYADH 9 Okt 2010 – Mansur Al-Sarhi, seorang warga Arab Saudi menggesa pihak pengawal keselamatan untuk segera menghentikan pengedaran sejadah bergambar salib yang dijual di Makkah.
“Saya membeli sejadah dari salah satu pengedar sejadah di sebelah Masjidil Haram. Saya sangat terperanjat ketika melihat gambar salib sangat menonjol di bahagian tengah sejadah tersebut,” jelas Mansur kepada Sabq. “Bagaimana sejadah seperti ini boleh masuk ke Arab Saudi tanpa ada pemeriksaan dari penguasa? ” hairannya.
Mansur mengecam peredaran sejadah bergambar salib itu sebagai tindakan yang melampaui batas.
“Tindakan mereka sudah melewati batas, sampai berani meletakkan salib di tempat sujud kaum muslimin di Masjidil Haram,” ujarnya. [Ar / islammemo]
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**









Macamana boleh terlepas ke Mekah?
iskh3x…macam2 cara nak kenakan umat islam.. cerdik betul kaum kafir laknatullah niih..
mmmg sungguh kurang ajar……
org2 kafir ni x habis2 cuba tuk memesongkan umat islam..mcm2 cr diorg guna..pelik2
kesian plak tengok org2 cm ni cm terdesak sgt plak..kot2 diorg dpt pahala berganda kot kalo dpt memesongkan umat islam ni..hihi BUDUH
ni bkn mslah org bukan muslim ataw tak
ni masalah takde org islam yg nak buat brangan sebegitu..masih mengharapkan
pembekal non muslim..so serampang dua mata bg depa..keuntungan n kejahatan
kita org islam mesti waspada tp d sna mmg sah2 org islam yg jual tanpa usul periksa…kita yg mmbeli perlu priksa n kalau trlepas pandang…jgn salahkn sesiapa…pulangkan ataw bakar je…
Tanpa kita sedari, mereka cuba memesongkan kita dr jalan yang lurus. Kepada Allah kita berlindung dr keburukan yang nyata mahupun yang tersembunyi…. Aminnn…
lebih molek kalau guna sejadah yg putih bersih kan lebih tenang jiwa semasa solat xda gangguan pd mata.ikut sunah nabi S.A.W.dr serban,pakaian smp sejadah semua kaler putih.secara logiknya kita akan lebih mengingati mati.
sejadah aku pun ade lambang ala2 salib tak kecoh pun… yang penting bukan simbol, tapi niat tu…
aku arap umat islam msa kni lebih berhati2 stlh mnthui kwjdn bnda2 kafir nie ;D . Allah maha mengetahui dan juga maha melihat .