Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.
Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc
Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….
Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”
Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai
Kelas pun sunyi sekejap….
Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….
Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.
Posted @ www.isuhangat.net
:
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**








posting yg sangat ajaib. kite terlalu mudah terpengaruh dgn ‘keduniaan’ yang diciptakan Barat..
tol gak tu . kita asik cari karenah barat je .
aku arpkn admin teruskan usaha tuk mnybrkn ttg Islam pule . yg pnting ianya bermkna .
terbuka fikiran. btul3!
kkadang tak prasan ngan mnde2 cmni kn? hmmm…
mmg byk kta mengikut Barat tanpa sedar mrk sekadar mengeksploitasi kta..
Setuju!
itu la… org selalu mencari yang pelik-pelik untuk disebut sebagai “Kebesaran Allah”… pokok sujud.. ada tulisan / cahaya di langit.. pokok rupa manusia.. sedangkan pokok, manusia atau apa sahaja dalam dunia ni waima ciptaan manusia sekalipun datangnya dr mana kalau bukan dari ALLAH? kenapa nak tunggu yang pelik baru nak mengaku? macam kadang-kadang kita lupa.. contohnya bila kita tengok satu lukisan kuda.. kita kata lukisan kuda tu ajaib.. macam betul.. abis tu kuda yang asal macam mana? tak cukup hebat lagi?
setuju.. even kalau kita fikirkan kejadian hujan tu pun dah ajaib.. itu baru hujan.. subhanAllah..
semua comment aku setuju…
aku punnnn….!!
benar skali, knp aku x sdq2 lg, mntk izin share ya