Al-Aqsa Foundation menyeru agar umat Islam bersatu untuk menghentikan penggalian di bawah komplek Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh Yahudi Israel, sambil mengatakan bahawa mereka telah menerima foto-foto terbaru yang menunjukkan pendudukan zionis Israel telah mempercepatkan dan semakin mengembangkan penggalian mereka dalam situasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Dalam laporan yang diterbitkan pada hari Khamis lalu (21/10), Al-Aqsa Foundation menegaskan bahawa penggalian di bawah kompleks Al-Aqsa merupakan ancaman serius bagi Masjid Al-Aqsa.
Al-Aqsa Foundation telah menerima dan memeriksa foto-foto yang menunjukkan semakin luas dan besarnya penggalian yang dilakukan oleh zionis Israel di bawah kompleks masjid Al-Aqsa dan sekitarnya yang berdekatan sepanjang ratusan meter.
Ditambah bahawa foto-foto yang terbaru yang diterima, menunjukkan bahawa ada rangkaian terowong dan penggalian yang dilakukan oleh pendudukan Israel di bawah laut berdekatan dengan masjid Al-Aqsa, dan kemungkin ada dirancang untuk menyambung terowong ini.
Al-Aqsa Foundation menjelaskan juga bahawa rancangan penggalian tersebut merangkumi pembangunan pembinaan baru yang akan digunakan sebagai pusat kegiatan dalam ritual Talmud serta pusat tentera.
Yayasan tersebut menyatakan juga bahawa dari maklumat yang mereka dapat dari saksi-saksi penduduk tempatan, pendudukan Israel bekerja siang dan malam dengan beratus-ratus orang penggali dan pekerja, yang kebanyakan merupakan pekerja asing dari Asia timur yang sama sekali tidak memahami Bahasa Ibrani. (Fq / islamtoday)
Posted @ www.isuhangat.net
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**









youtube.com/watch?v=ZyrAUqcc5qo&feature=related" target="_blank" rel="nofollow">http://www.youtube.com/watch?v=ZyrAUqcc5qo&feature=related
youtube.com/watch?v=xo9Aizsn34g&feature=related" target="_blank" rel="nofollow">http://www.youtube.com/watch?v=xo9Aizsn34g&feature=related
saya dah tgk video ni, mmg dasyat boleh percaya ke ni? habis semua pemimpin dikatakan penyembah syaitan. Habis sapa nak ikut?
http://www.youtube.com/watch?v=ZyrAUqcc5qo&feature=related
org kita sibuk saling menfitnah di Galas, mana sempat nak ambil tahu Al-Aqsa
kenyataan ‘saling menfitnah’ tu pun mcm fitnah juga encik berahim
org kita mana kuat lawan israel . kang xpsl2 amerika antar jet pejuang dia yg xleh nmpk tu . huh . aku arap ade lah manusia yg dapat selamatkan masjid Al-Aqsa dari terus di gali . gali lubang tutup lubang tak ada wang bayar hutang .
tidak ada yg susahnya..umat ISLAM hanya perlu bersatu dan berdoa..skrg pn Amerika b’gantung kpd minyak d Iraq..cma skrg negara Islam yg kaya xmahu bersatu dan msih tunduk pd barat..Allah sentiasa bersama org Islam..
klau sesiapa ada info page yg detailkan lg benda nieh, minta dikongsi ye…
dikatakn mrk sdng cr kitab sihir purba yg prnh trtnm disitu, wallahualam