Sejak isu hangat kenaikan harga minyak petrol RON97, ada yang berpendapat kenaikan tersebut hanya untuk orang kaya sahaja sedangkan orang miskin tak menggunakan RON95. Kenyataan itu rasanya tak berapa tepat kerana dari pandangan saya dan pengalaman berbual dengan rakan-rakan saya tak berpendapatan sederhana, masih ramai yang menggunakan RON97 dengan alasan-alasan tersendiri seperti dengan RON97 kereta mereka lebih pickup berbanding dengan menggunakan petrol RON95 yang dikatakan semput ketika naik bukit dan ketika memotong.
Malah yang makin hangat diperkatakan ialah minyak petrol RON95 menyebabkan kereta mudah terbakar apabila berlaku kemalangan kononnya kerana mengandungi kadar benzena yang tinggi dalam kandungan petrol RON 95.
Kata diaorang lagi banyak kereta baru yang tidak diubahsuai pun banyak yang terbakar seperti berita-berita dalam akhbar spt MPV arwah Achik Spin, kereta peronda yang terbakar apabila bergesel dengan Rexton di Lebuhraya Kesas, dan yang terbaru pada sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.
Gambar kereta Viva baru yang terbakar di Sg Buloh dalam blog Ohtidak.

Di dalam akhbar semalam, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.
Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan.
“Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti.
“Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu,” katanya.
Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini.
Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan.
Ini pula kenyataan yang saya ambil dari forumer CG.
Kenapa RON 95 Mudah Meletup?
Assalamualaikum,
Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).
Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.
RON 95
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.
RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.
Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena)…. Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.
Benzena mudah terbakar
Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.
Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.
Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.
Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan…(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)
Harap pihak yang bertanggungjawab membuat kajian yang dalam kerana nyawa bukan benda yang boleh dibuat main walaupun ajal maut itu Allah SWT yang menentukannya.
:
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**








Kerajaan pn dh mengaku kt dewan negara yg ron95 ada kandungan benzene yg tinggi n benzene ni sangat2 mudah terbakar..
budak2 yg amik kos kimia kena kaji ni..betul jugak hipotesis dia
RON 95 Malaysia berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah?
biasalah di m’sia segalanya diubahsuai utk keuntungan maksimum selagi pihak yg berkenaan masih kurang pengetahuan.
atau pun alasan nak hapuskan RON95 pasal bersabsidi
kena tunggu kereta diorg terbakar baru nak bertindak kot..
dorg pakai V-Power mne nk terbakau. lain lar kte ramai2 g bakau kete die amcm heheh. Jahanam kte rakyat. negara lain seme upgrade myk kte je makin downgrade. hampeh
aku pakai RON97(shell)…. ok je…
ni formula aku… hehe… RON 84+87+91+92+95+97.. dari formula itu akan menghasilkan RON 546.. maka.. itula minyak paling bagus skali di alam semester… hehehe
jap. kenapa tengok minyak? bukan semua minyak memang mudah terbakar ke? i mean, kadar flash point berbeza, tapi semua pun dekat dengan takat beku air. kita drive kat environment 0 darjah celcius ke? suhu tipikal kat Malaysia ni around 30 darjah celcius. kalau accident, for sure lagi tinggi suhu dia.
anyways, claim menyatakan ron95 lebih mudah terbakar dari ron97. tapi rata-rata mengatakan ron97 lagi power. logic menyatakan kalau lagi mudah terbakar, lagi power. bukan macam tu ke? so, mengikut logic akal, sepatutnya ron97 lebih mudah terbakar dari ron95 sebab dia kasi enjin lagi power. kan? ke aku silap?
thinking outside the box a bit, ada sesape buat kajian enjin? tak tau la korang nampak ke tak, setakat ni aku perasan kes kereta terbakar kebanyakan kereta myvi, viva atau kereta yg pakai enjin toyota.
IMHO, more study is needed. bukan sahaja kajian minyak, malahan kajian enjin, model kereta, malahan mungkin interior design kereta menyebabkan kereta mudah terbakar. leather seat ke ape. ntahla.
peace.
ron 95 nie mesti la terbakar kalau ade org bakar dia. walaupun ron 97 tu bukan mcm ron 92. kalau ron46+ron41 xdepun orng nk kesah. biar la ron 42 dgn ron 10 tu nk terbakar ke x. lagi pun ron 99 dngn ron 44 tu pun same je kalau nk dibandingkan dgn ron4426. kan betol 2 ron 92 mudah terbakar..
menda ko ckp ni? pening kepala aku haha
Aku pun fenin.hahahaha
tapi mase dulu ron 92 ade ke keter yg pakai terbakar.. mcm tak de jer.. sah2 la keter lame yg pakai ron 92 kan?
tapi la seingat aku, mase pertukaran dari ron 97 ke ron 95, kete aku kne adjust setting tepet kalo tak silap.. sebab ader knocking..
mungkin kerana pembakaran kat piston tu awal sgt.. itu pendapat aku la.. aku tak la power sgt pasal keter nih..