Pernahkah anda mendapat telefon dari orang yang tidak kenali kemudian diaorang bertanya khabar dan kemudian akan masuk jarum untuk promosi apa-apa produk? Diaorang ni dipanggil telemarketer iaitu agen jualan yang menjual produk atau perkhidmatan melalui telefon. Kebiasaan yang saya kena ialah dari nombor yang bermula 016XXXXXX sehingga kadang-kadang trauma menerima panggilan dari nombor yang berpangkal 016 ni. Mungkin Digi ada pakej postpaid murah untuk telemarketer ini .

Telemarketer ni biasanya adalah agen syarikat insurans, kad kredit, komunikasi, medical card dan lain-lain. Bila kita setuju untuk join , diaorang akan dapat komisyen. Potongan akan dibuat melalui auto debit kad kredit dan debit akaun kita. Perkataan paling popular “setiap perbualan adalah dirakam” dan dijadikan terus kontrak persetujuan kita.


Tapi masalahnya, diaorang ni ‘kacau’ kita tak kira masa, tak kira hari. Kadang-kadang, hari Ahad dan malam pun diaorang kadang-kadang belasah juga. Mana diaorang dapat no handphone/telefon rumah kita? Tak susah kerana kita selalu mendaftar no handphone kita kat mana-mana, kat internet, semasa daftar nombor handphone,kad kredit,bank, facebook dan lain-lain. Kemungkinan ada dari kutu-kutu tempat kita mendaftar tadi tak amanah dan jual senarai nombor handphone kita pada diaorang. Atau pun diaorang memang boleh akses database kita di mana-mana tempat kita daftar tadi.

Kadang-kadang panas hati juga, tak kurang juga yang memaki hamun telemarketer tersebut tapi tak baik marah-marah camtu pasal diaorang cari makan juga, jadi berikut adalah jawapan-jawapan mengelak dari melayan telemarketer.

1. Saya tengah meeting ni, panggil balik kemudian dan lepas tu jangan harap nak angkat call.

2. Saya dalam toilet uh.! uh..!

3. Maaf cakap slow-slow, tolong ulang balik, saya tengah salin semula apa awak cakapkan ni.Kemudian biar dia cakap sorang-sorang anda boleh buat kerja lain dulu.

4. Saya tengah sibuk ni, boleh beri nombor rumah awak? Malam nanti saya call semula. Mesti diaorang macam mengelak,  lepas tu cakap kat diaorang -  “saya agak awak mesti tak mahu diganggukan? so, macam tu yang saya rasakan sekarang.” 

5. Berpura-pura yang memanggil tu kawan anda, contohnya; “Ala dah la Ajoi tak lawak pun”, “Ajoi ni kan? Apa khabar Wak Sumardi? “  

6. Jika telemarkerter tu wanita, dan anda pula lelaki, ajak dia kahwin. Diaorang mesti pening dan cakap dengan diaorang bahawa anda tidak boleh memberi nombor kad kredit anda untuk orang asing begitu saja.

7. Jika dia memperkenalkan diri bahawa dia Ajoi dari Syarikat XYZ, minta mereka untuk mengeja nama mereka. Kemudian minta mereka untuk mengeja nama syarikat. Kemudian bertanya kepada mereka di mana dia berada. Teruskan meminta mereka soalan-soalan personal atau soalan mengenai syarikat mereka untuk selama diperlukan sehingga diaorang yang naik boring seperti “ada kerja kosong tak?”, “berapa komisyen satu sale?”, “anak awak dah sekolah?” dsb.

8. Masa mula-mula diaorang bertanya khabar, jawab dengan mereka ” Saya tengah demam teruk ni” , “saya dalam klinik” . “kucing saya baru mati…” dsb.

9. Alamak, bateri handphone saya dah nak abis, call esoklah.

10. “Halo! Halo! Tak clear! Tak Dengar lah! tut tut tutttt..

Teknik di atas untuk telemarketer sahaja, bukan dari pihak bank atau yang menuntut hutang… hutang mesti dibayar bai!

:

HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT,SUNBURN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI

jana wang adsense

Seminar Cari Duit Internet DI Rumah!

RM10,000 sehari dengan Forex!

DAPAT ILMU DAPAT DUIT

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

0
0