Tenang di Segamat yang selama ini tenang mula menjadi kecoh apabila Pilihanraya Kecil akan diadakan di sana pada 30 Januari ini. Saya memang selalu lalu Tenang Station semasa ke Segamat, memang deretan kedai usang di sana amat tenang dan damai.
Pilihanraya ialah proses demokrasi untuk menjadi pemimpin mereka dan juga untuk menyampaikan sebarang permasalahan dan isu rakyat ke atas.
Aku seperti biasa malas nak komen politik, tapi mari kita renung-renungkan pemimpin yang kita pilih tu alangkah indahnya jika seperti khalifah-khalifah Islam dahulu dari segi gajinya.
Tepat sehari selepas di angakta menjadi khalifah, Saidina Abu Bakar r.a. dilihat pergi ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahawa di bahu Saidina Abu Bakar sekarang terpikul beban negara yang berat. “Mengapa kau masih pergi ke pasar untuk menjalankan perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak masalah yang harus diselesaikan…” kata Umar.
Mendengar itu, Saidina Abu Bakar tersenyum. “Untuk mempertahankan hidup keluarga,” ujarnya singkat. “maka aku harus bekerja.”
Kejadian itu membuat Umar berfikir. Maka dia pun, bersama sahabat yang lain berbincang dan mengira perbelanjaan rumah khalifah. Tak lama kemudian, mereka menetapkan gaji tahunan 2,500 dirham untuk Saidina Abu Bakar, dan kemudian secara berperingkat, dinaikkan menjadi 500 dirham sebulan.
Harga 1 dirham semasa artikel ini dibuat ialah RM20, bermakna lebih kurang RM10,000 sebulan. Namun kita jangan lupa harga perak pada zaman khalifah tentunya berkali ganda jauh lebih murah lagi. Perkiraan Saidina Umar pun adalah cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga Saidina Abu Bakar R.A sahaja.
Meskipun gaji khalifah sebesar itu, Saidina Abu Bakar tidak pernah mengambil keseluruhan gajinya. Pada suatu hari isterinya berkata kepada Saidina Abu bakar, “Aku ingin membeli sedikit manisan.”
Abu Bakar membalas, “Aku tidak memiliki wang yang cukup untuk membelinya.”
Isterinya berkata, “Jika engkau izinkan, aku akan mencuba untuk berjimat wang belanja kita sehari-hari, sehingga aku dapat membeli manisan itu.”
Saidina Abu Bakar menyetujuinya.
Maka mulai saat itu isteri Abu Bakar menabung sedikit demi sedikit, menyisihkan wang belanja mereka setiap hari. Beberapa hari kemudian wang itu pun terkumpul untuk membeli makanan yang diinginkan oleh isterinya. Setelah wang itu terkumpul, isterinya menyerahkan wang itu kepada suaminya untuk dibelikan bahan makanan tersebut.
Namun Saidina Abu Bakar berkata, “Nampaknya dari pengalaman ini, ternyata wang gaji yang kita perolehi dari Baitul Mal itu melebihi keperluan kita.” Lalu Abu bakar mengembalikan lagi wang yang sudah dikumpulkan oleh isterinya itu ke Baitul Mal. Dan sejak hari itu, wang gaji beliau telah dikurangkan sejumlah wang yang dapat dijimat oleh isterinya sebelum itu.
Semasa wafatnya, Abu Bakar hanya mempunyai sebuah cadar usang dan seekor unta, yang merupakan harta negara. Ini pun dikembalikannya kepada penggantinya, Umar bin Khattab. Umar pernah mengatakan, “Aku selalu saja tidak pernah boleh mengalahkan Abu Bakar dalam beramal soleh.”
Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net
:
HAPUSKAN KETIAK HITAM,JERAWAT,SUNBURN,JERAGAT,PANAU DGN BERKESAN SECARA SEMULAJADI
Seminar Cari Duit Internet DI Rumah!
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**






kalau ceta ugama macam ni tak ramai yang bagi komen rasa-rasanya
anda silap
ya…
dia silap…
ya betul .
dia slap . hahaha
memanglah banyak yang reply..kalo saya tak tulis ada korang komen? rasa2nye takde kn3..
ada…cuba la gi blog2 lain yg menyentuh isu agama…lagi2 berkaitan isu semasa…memang nk pecah blog kena komen…hahahaha
hek eleh,,blagak plak mamat norik nih,,ramai jer nih komen..boo! loser!
btw,,terharu baca bnd nih
alhamdullillah.. teringat lak zaman minyak naik ni..
kene la ajoi berjimat..
subhanallah.tak ada pemimpin zaman skang camnih.
subhanallah…pemimpin ari ni hidup dengan KEINGINAN bukan KEPERLUAN, oleh itu mudah mudahan sya dan saudara sekalian dapat hidup dalam keadaan yg sederhana..cari la dunia itu sepuaspuasnya yg penting semuanya hanya keperluan bukan keinginan..kerna keinginan itu tidak pernah merasa puas..yg penting makan utk hidup bukan hidup utk makan..insyallah
terharu dgr cerita ni… tiada khalifah yg dpt menandingi Saidina Abu Bakar…
dari kaya raya, semua harta dihabiskan ke jalan menegakkan kalimah ALlah….
tak payah tanya pemimpin2 sekarang…tanya mereka yg mengaku sebagai pejuang Islam…
mampukah pejuang Islam zaman sekarang mencontohi beliau?
minta maaf, saya tambah sikit mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak:
saya tgk ustaz2 yg melaungkan nama Allah, ceramah sana-sini, bangga dgn ilmu Al-Quran didada, tetapi masih berkereta besar, berumah besar…
maklumlah, sampaikan ajaran Islam kan bergaji besar….
wassalam……..
benar tu.. ada salah seorg ulama di pantai timur, harga jubah dia sehelai pun paling murah RM2,000.. sebulan gaji tu… kawin pun buat kat hotel..
betul ke?.. jgn jd fitnah cukup… jauh sekali perbezaan pemimpin masa kini… tak jdkan rasullah n para sahabat sebgai contoh… apa yg dok ada skng ni jd ahli politik blh kumpul kekayaan dunia dah mcm yahudi… kereta besar ada byk bijik, rumah besar bnyk buah, kawin dgn artis, ada kuasa bela kroni n anak pinak saja, business sana sini guna kuasa politik n harta rakyat… DEB bila nak capai pun xtau… masih ada rakyat yg hidup ssh n merempat… WALLAHUALAM
bila terbaca akan cerita tersebut,saya teringat akan kisah presiden iran..Mahmood Ahamadinejab,yang mana beliau hanya mempunyai sebuah kereta lama dan sebuah rumah kecil sebagai harta..beliau tidak pernah mengambil gajinya sebagai seorang presiden,dan pendapatan yang diterimanya hanyalah dari gaji sebagai seorang pensyarah yang hanya cukup-cukup makan sahaja…
As’salamualaikum,
Memang saya pun musykil. Tapi, adakah kita pasti rumah yang di duduki dan kereta yang di bawa itu adalah hak milik mutlaknya, maksud saya bebas hutang. Jika hutang, tidak melambangkan haknya yg mutlak. Kedua, biasanya ustaz-ustaz ini adalah dari golangan yang sedia kaya (macam hartawan tetiba jadi pak syiekh atau golongan tarbiah) dan saya tak nafikan ada yang kaya disebabkan pemberian orang. Dalam hal ini, saya teringat pepatah dari guru saya,…” jika dunia yang kita kejar, maka kesusahan yang kita dapat, tapi jika akhirat yang kita kejar, InsyaALLAH kemudahan akan mendampingi kita…”
ada dalil:
barangsiapa mengejar dunia, dia akan mendapat dunia. barangsiapa mengejar akhirat, dia akan mendapat akhirat. barangsiapa mengejar keduanya, maka dia mendapat keduanya… Wallahua’lam…
erm…saya mintak tolong sape2 ustaz yg blh bg lebih tepat…
‘mereka’ yg bangga dgn ilmu didada, bukan ustaz sebenar…
makin byk ilmu, makin tunduk sesorng insan itu…
kerana, dia akan tahu byk lg benda yang dia tidak tahu…
pemimpin seperti sahabat2 yg dulu, bukan sekadar seorang pemimpin…
mereka jugak:
1.imam bagi para pengikut (dlm solat) – sudah tentu byk ilmu agama
2.ketua negara (pemimpin) – kaya dgn ilmu kepimpinan
sekarang, pemimpin lain, ustaz lain…
dulu, pemimpin2 menjd ketua dlm hal duniawi dn sekaligus ukhrawi…
berapa byk pemimpin di Malaysia “MAMPU” jadi pemimpin ketika solat?
tepuk dada, tanya ketua…
Sultan Muhammad V selalu menjadi imam
pemimpn skrg lbih pada kuasa..
bkn pada khidmat..
guru mursyidku selalu berpesan:” tilikla diri sendiri, nescaya dikau tidak berkesempatan untuk menghakimi orang lain”. setiap hela nafas detikkan… ALLAH, nescaya kau melihat dunia hanya tak lebih senda gurau semata”.
admin post pasal gaji pemimpin..
tp komen2….mmm cm sde kne mngena pon…
mgkin maksdnye…pemimpin yg kite cari…
sepatutnya…yg betol2 bertggjawab..utk agama dan negara…
sebab..nanti dalam kubor…bile kne soal…
nape tak laksana dasar Islam…
sbb pilih pemimpin bukan Islam,kaki rasuah,kaki perempuan,kaki arak..
pangkah lagi yg jenis tu…dalam kubur..terime je la…sebab dah sokong sepenuh ati kan..xkire halal haram…dosa..pahala..
carilah pemimpin yg Rakyat Didahulukan…bukannye Rakyat Tanggung Dahulu..
pekata ko post kn entry ni smpai PM kita (ROSMAH MANSOR) baca..
cheers
wan
Syapn tringat akan Presiden Iran Sprti mna kisah khidupan seharian Presiden Iran trsbut yg prnah d siarkan dlm isu hangat ini lps. Cntoh trbaik pmimpin zmn skrg, bkn sahaja kperibadian nya malah Keberanian bliau jga. Xmcm pmimpin2/istri2 pmimpin ngra kta, blnja utk mjlis mkn mlm shaja pn mncecah jutaan rnggit. Tp rkyat2 bagaimana keadaan nya..????? SUBHANALLAH..