King Abdullah Economic City merupakan projek mega terbesar yang ada buat masa ini sedang dibangunkan di Arab Saudi. Dengan jumlah keluasan sebesar 173 Km, luas tersebut sama dengan tiga kali luasnya kota Manhattan New York. Bandar ini terletak di sepanjang pantai Laut Merah, sekitar 100 km utara Jeddah dan lebih kurang satu jam dari kota suci Mekah dan Madinah dengan menaiki kereta dan satu jam perjalanan dari seluruh kota-kota Timur Tengah dengan menaiki kapal terbang. Kos projek KAEC ini ialah sebesar $27 Billion Dollar.
Dengan adanya projek ini diharapkan akan menciptakan satu juta pekerjaan kepada penduduk muda di negara tersebut, di mana 40% dari populasi penduduk disana berada di bawah 15 tahun, dan berfungsi juga sebagai menarik pelabur asing. Kawasan ini juga akan menyediakan rumah kepada 2 juta penduduk
Projek KAEC ini mula dibangunkan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2025. Ini bermakna projek ini berjalan selama hampir 20 tahun.
Fasilitator utama projek ini adalah SAGIA (Saudi Arabian General Investment Authority) salah satu perniagaan terbesar di dunia di bidang real estate.
KAEC mengandungi enam komponen utama di dalamnya iaitu zon industri, zon pendidikan, pelabuhan, central business distric, residental area, dan sea resort.
Pelabuhan ini akan dilengkapkan untuk menerima kapal terbesar di dunia.Komponen penting di pelabuhan ini akan menjadi terminal penerimaan haji dengan menampung kapasiti sehingga 300,000 jemaah untuk melakukan perjalanan mereka ke Mekah dan Madinah.

Antara bangunan yang sedang dalam pembinaan.
Video King Abdullah Economic City (KAEC)
:
DAPATKAN PAKAIAN MENGANDUNG ANDA DISINI.
- MATERNITY BLAUSE
- MATERNITY OVERALL
- SELUAR MENGANDUNG
Dapatkan baju kanak-kanak comel dengan harga borong
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**



















hmm,,, confius lah…
takut niat nak buat haji atau umrah, nnt jadi melancong plak.
seramm…seramm…
masha allah…ada lh salah satu nya tanda2 kecil hampir kiamat..ada kh kita dh mentop up iman kita?
waaa . dunia2 .
Sempatke agak-agaknya 2025 tu…Wallahu a’klam
Dan Banyak lah contractor2 akan mengalami bankrupcy menyamai apa yang terjadi di UAE. Arab adalah bangsa yang panas baran, Diktator, menhambakan manusia. Tanyalah pekerja NEPAL INDIA INDON BANGLADESH, mereka lebih rela berkerja di Malaysia dari pada berkerja dgn bangsa arab.Bagaimana hamba2 dizaman Firaun membina bangunan, istana piramid, dengan adanya kekejaman dan itulah praktik digunakan sekarang.
Wah!! bertambah tenggelamlah org arab dlm kemewahan,berlumba-lumba membina banggunan2 pencakar langit sepertimana sabda Nabi (s.a.w) ini adalah salah satu tanda2 hari kiamat…
Ada org ckp…org arab yg suka ibadah akan tinggal kt mekkah n madinah..kalau yg suke business tinggal kt jeddah…wallahualam..
jgn dgr sgt org cakap. arab skarang dh kmbali kpd bangsa yg jahiliah