DIARI ISTERI
Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen
Dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku.
Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang.
Dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, aku kata pada dia aku mencintainya, dia cuma tersenyum nipis dan tetap bermuka selamba. Aku tidak faham perangai dia petang itu. Aku tak faham kenapa dia tak menjawab, ” Aku juga mencintaimu”..?
Sesampainya dirumah aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak memerlukan aku lagi. dia hanya duduk dan menonton tv, apa yang aku katakan padanya, dia hanya menjawab…”hmmm..”
Akhirnya aku memutuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia pun masuk bilik. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dia terus tertidur.
Aku mula menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa kiamat..
DIARI SUAMI
Hari ini CHELSEA kalah…HAMPEHHH!!!!
Admin: Sambungan cerita Ajoi Perbezaan Lelaki Dan Wanita Potong Rambut
:
DAPATKAN PAKAIAN MENGANDUNG ANDA DISINI.
- MATERNITY BLAUSE
- MATERNITY OVERALL
- SELUAR MENGANDUNG
Dapatkan baju kanak-kanak comel dengan harga borong
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**





hehehe…. saspen nyer story last skali kes bola ja. so hsband kt luar sna tlong jgn tiru bnda cmnie. cian wife korg tue pk mcm2
aku x puas hati..manchister yg akan kalah nanti
well,that’s the real fact…as a man,yes we’re simple…not details like woman…pasal tu org pompuan kuat ingatan sebab mereka sgt detail.. XD
hampehhh!
aku fan MU…hahahaha
Hahaha…ade2 je…
like2..cite yg menarik..hihi
betul la.. perempuan selalu pikir yg bukan2.. hehehehe..
tunang i sllu cm tuh..klo chelsea kalah kompem monyok jaaaa..klo dia monyok tuh taw dh pasai pa…hadoii laaa…
lelaki memang simple… hhahahaha
Ha’a..aku stuju…org pompuan ni suka pikir bukan2..
Pastu dia cakap bukan2,suspect bukan2,pastu merajok sendiri..
AKU TAK PAHAM BETULLLLL LA…
hahahaha…Ade sesape mau bg jawapan?