
Menurut sumber-sumber informasi di Cairo menyebut bahawa Gamal (Jamal) Mubarak, anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, telah cuba membunuh diri dengan meminum racun, setelah dirinya menderita tekanan moral dan kecewa dari mimpi menjadi presiden serta dikejar oleh rakyat yang ingin mengambil wang yang dia seludupkan keluar dari Mesir, yang berjumlah jutaan dolar di bank-bank yang ada di Ireland, Swiss, Perancis, Kanada dan Norway.
Menurut surat kabar Aljazair “Asysyuruq”, Gamal meminum secawanr teh yang telah dicampur dengan racun, Gamal pengsan namun dirinya diselamatkan setelah pengawal keluarganya memanggil doktor peribadainya.
Doktor mengambil sampel terakhir darahnya, dan mendapati bahawa Gamal telah mencuba membunuh diri dengan meminum racun, doktor juga mengatakan bahawa keadaan mental Gamal semakin buruk akibat revolusi Mesir, dirinya menderita tekanan yang sangat kuat.(fq/imo)
Hosni Mubarak Mengidap Kanser

Sementara itu, Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan terus menerima rawatan untuk penyakit kanser di negara yang melindunginya iaitu Arab Saudi. Demkian menurut laporan akhbar Al-Akhbar pada hari Rabu lepas.
“Sekarang Mubarak ada di sebuah pangkalan tentera di bandar Tabuk dan menerima rawatan untuk kanser usus besar dan pankreas,” kata laporan itu, mengutip “sumber-sumber informasi.”
“Dia sedang menjalani kemoterapi setiap lima hari,” katanya.
Setelah dia mengundurkan diri pada 11 Februari dan kekuasaan diserahkan ke sebuah dewan tentera, Mubarak, 82, menetap di resort di Laut Merah Sharm el-Sheikh, tempat dia secara teratur menerima tamu asing.
Al-Akhbar melaporkan bahwa Mubarak berangkat ke kota di barat laut Arab Saudi hanya beberapa hari setelah pengunduran dirinya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini rahsiaa kesihatan Mubarak sangat dikawal ketat. Mac tahun lalu Mubarak menghabiskan tiga minggu di Jerman setelah pembedahan.
(sa/googlenews/afp)
:
DAPATKAN PAKAIAN MENGANDUNG ANDA DISINI.
- MATERNITY BLAUSE
- MATERNITY OVERALL
- SELUAR MENGANDUNG
Dapatkan baju kanak-kanak comel dengan harga borong
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**





MUSTAJAB DOA ORANG YG DIANIAYA. DI DUNIA DAH DITUNJUK, SAMADA LAMBAT ATAU CEPAT…
Bertaubatah gamal, Kalau dirimu beragama Islam, mengapa jalan itu yang dipilih? nasib kau tak mati lagi,
mental tak kuat tapi ada hati nak jadi pemimpin….p/s dr BBP…peace no war
itu yg pnh mnjdi pmimpin besar…
yg kita nie pun pmimpin juga walau sekecil mana…
-jadilah pemimpin yg baik-
sama je anak ngn bapak..gilakn kuasa sangat..ni nk bunuh diri lg..ingt duit haram yg dia seludup tu ikut skali ngn dia ke alam kubur ke nnt..lol..
Di dunia akhir zaman wujud fitnah yg besar dan bila ianya akan b’akhir???
tertekan sbb xleh jd presiden? mmg naluri gila kuasa.
PADAN NGAN MUKA DIA .ORANG GILA KUASA MEMANG TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN,PRESSURE BAGAI NAK GILA SAMPAI SANGGAUP NAK BUNUH DIRI,BIAR DIA MATI