2 Mac. Seorang bayi lelaki lahir dengan otak terkeluar atau istilah sains Meningocefalocele di Jawa Tengah, Indonesia. Bayi itu kini hanya dapat diselamatkan melalui pembedahan kepala.
Pasangan Paryadi dan Susilowati hanya dapat berharap dan berdoa agar bayi yang baru dilahirkan itu dapat diselamatkan dari maut.
“Kami tidak dapat berbuat apa-apa, hanya Allah yang boleh menyelamatkan anak lelaki kami,” menurut Paryadi.
Menurut Paryadi, isterinya melahirkan anak pertamanya itu sekitar tiga belas hari lalu secara normal. Selama proses kehamilan tidak ada tanda-tanda Susilowati akan melahirkan anak dalam keadaan otak terburai. “Semua normal dan lancar, kami baru tahu anak kami tidak normal setelah dilahirkan,” ungkapnya.
Sejauh ini, belum ada keputusan dari keluarga Paryadi untuk melakukanpembedahan di kepala bayinya, kerana tidak mampu membayar kos pembedahan kerana dia hanya bekerja sebagai buruh.
Setakat ini, tidak ada yang dapat dilakukan Paryadi selain hanya berharap kerajaan dapat membantu menaja pembedahan bayinya.
Posted @ www.isuhangat.net
DAPATKAN PAKAIAN MENGANDUNG ANDA DISINI.
- MATERNITY BLAUSE
- MATERNITY OVERALL
- SELUAR MENGANDUNG
Dapatkan baju kanak-kanak comel dengan harga borong
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**







SUBHANAALLAH….BETAPA BESARNYA KEKUASAAN MU YA ALLAH
Subhanallah… semoga bayi ini sihat sejahtera..
Subhanallah . smga Allah beri bdk kck tu pluang mrsa idop sprti org normal .