Masih ingat lirik lagu M.Nasir, Rupa Tanpa Wajah?
Setelah mengalami kemalangan yang mengerikan pada tahun 2008 kerana terbakar akibat kejutan elektrik kabel voltan tinggi, Dallas Wiens, 25, Texas, sedang menunggu untuk dilakukan transplan (pembedahan pemindahan tisu) muka untuk menjadikan wajahnya seperti orang normal.
Doktor yang membantu dalam pembedahan pertama berjaya mengalihkan sebahagian daripada kulit dan otot-otot belakang wajahnya, namun ia masih belum dapat melihat, bau dan makan.

Gambar Dallas Wiens sebelum kemalangan.
Dallas, berada selama enam bulan di hospital, telah membuat berpuluh-puluh pembedahan, dan menghabiskan 3 bulan dalam keadaan koma, sekarang menunggu untuk menjadi orang ketiga di Amerika untuk dibuat transplant.
Wiens mengakui bahawa “I miss my view,” tetapi “apa yang saya lebih rindukan adalah perasaan wajah saya dan rasa bau saya.”
Sekali pun doktor berjaya menampal kulit dan otot yang diambil dari punggung dan pehanya di atas tengkoraknya yang hangus, dia menjadi seperti manusia tanpa wajah. Selain buta sama sekali, Dallas juga tidak memiliki hidung, bibir, alis, dan hanya meninggalkan janggut di dagunya.
Sambil menunggu pembedahan wajah lagi dia pernah mengucapkan “I see every day as a challenge, an opportunity for hope and joy. I’m happier now than I think I’ve ever been in my life”
Salah satu impian Dallas yang berusia 27 tahun ini dia dapat merasakan ciuman dari anak perempuannya.
Hebat lelaki ini yang terus bersemangat dan bersifat optimis walaupun sudah tiada wajah.
Video:
Posted @ www.isuhangat.net
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**












YA ALLAH, aku bersyukur dgn nikmat yg Kau berikan pada ku skrg..
Ya Allah, terima kasih di atas segala nikmat dan kurniaan Mu..
Alhamdulillah…
Subhannallah…
ya allah..slalu xsuka dgn muka sndiri..tp bersyukur sgt2 bila tgk ada org xde muka.. ;(
kesiannya..
Ya Allah.. jangan Kau tarik balik nikmat yg kau berikan kpd kami..
Ya Allah, betapa besarnya nikmat pemberianmu, sesuatu nikmat itu dapat dirasa apabila nikmat itu hilang…
perbanyakkn kesyukuran kita pada Allah..
Kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t..Semoga urusannya dipermudahkan
Allah Maha Hebat….