Georgia – Peristiwa unik terjadi di Georgia. Seorang rakyat Armenia, Hayastan Shakaryan iaitu seorang nenek berusia 75 tahun dikatakan bertanggungjawab memutus sambungan internet di Georgia dan negara jirannya, Armenia, sehingga ramai netter tidak boleh melayari internet.
Kementerian Dalam Negeri Georgia menyatakan wanita pencen itu pada mulanya menggali tanah untuk mencari besi atau benda yang boleh dijual.Semasa penggalian tersebut Wanita itu menjumpai kabel fiber optik yang membawa sambungan internet di Georgia dan Armenia.
Tidak tahu apa kegunaannya, nenek ini memotong dan merosakkan kabel tersebut. Maka terputuslah sambungan internet di sebagian wilayah dua negara. Ribuan pengguna internet tak dapat mengakses internet selama beberapa jam.
“Dia menjumpai kabel itu semasa sedang mengumpulkan logam dan memotongnya dengan tujuan untuk mencuri,” kata Zura Gvenetadze, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, laporan AFP.
Nenek itu kini telah ditangkap dan boleh dijatuhkan hukuman sehingga 3 tahun penjara dengan dakwaan merosakkan harta.
Georgian Railway Telecom, menyatakan bahawa kerosakan kabel tersebut membuatkan 90% pengguna internet biasa dan korporat di Armenia kehilangan akses selama 12 jam. Demikian juga penyedia layanan internet di Georgia jadi terganggu.
“Saya tak faham bagaimana nenek ini boleh menemui dan merosakkan kabel. Kabel itu terlindung dan insiden seperti jarang berlaku” ujar Giorgio Ionatamishvili dari Georgian Railway Telecom.
Posted @ www.isuhangat.net
**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**







hebat juga nenek..dah tua2 pun masih lagi buat kerja2 mencuri
ni la baru hacker sejati…hahaha…main hardcore nye
alang2 buat jahat biar sampai glamer.. huhuuuhuuu
yang memelikkan tu,sedalam maan agaknya kabel tu ditanam sampaikan nenek berusia 75 tahun pun bole jumpa dan putuskan pulak kabel tu…kalau kita kat sini,makin suka la penagih dadah curi kabel kalau TM tanam tak sedalam mana..hari hari bole curi
berapalah harga fiber optik yang dapat nenek tu jual. setau aku tiada nilai pun fiber ni. tetapi menyusahkan banyak pihak.
actually fiber optic nie mmg bernilai….maybe bukan pada waktu sekarang awak x nmpk lagi…insyaAllah dalam tahun depan nmpak kepentingan fiber optic… yeah…
)
actually dari sudut teknologi massa mmg lar ia bernilai kerana penghantaran data lebih laju dan efisyen, tp dari sudut kecurian mmg x bernilai lansung pn fiber optic cable berbanding cable cooper yg lama. penagih n pencuri tegar kalo curik fiber optik neh pon mmg xboleh wtpe da. jual x laku pasto wt gatal2 badan jer tekene habuk n bulu gentian kaca tuh.
brute force engineering
dan social engineering
salah satu bab dlm hacking gak ni