krisdayanti mengandung hamil

KRISDAYANTI (KD) mewar-warkan kepada rakyat Indonesia dirinya sudah hamil 4 bulan, meskipun baru bernikah dengan Raul Lemos pada 20 Mac 2011 lalu. Kerana menyedari pengakuannya akan menjadi isu hangat, Krisdayanti pun meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia.

Melalui kakaknya, Yuni Shara, Krisdayanti memberi alasan kenapa dia memberi tahu kehamilannya kepada wartawan. Selain tidak mahu dicap negatif, Krisdayanti juga khuatir dia akan lebih bersalah jika tidak jujur kepada masyarakat.

“saya juga manusia saya juga ada khilaf dan lain-lain, saya harap semoga boleh faham,” kata Yuni mengucapkan kata-kata adiknya itu semasa ditemuramah di Studio Dahsyat RCTI, Jakarta Barat, Selasa (26/4).

 

Melihat kes selebriti lain yang menyembunyikan kehamilannya kepada masyarakat, Krisdayanti berpendapat sebagai satu cara yang salah.

“Itu adalah dari risikonya menjadi publik figure” terang Yuni.

Admin isuhangat berkongsi artikel ini bukanlah untuk mengaibkan Krisdayanti tapi sebagai sempadan kepada muslimin muslimat di Malaysia khususnya dan masyarakat Islam dunia amnya.

Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang ini. Betullah jika ada Jika sebelum ini artikel isuhangat berkenaan perempuan Islam bergambar bogel di majalah Playboy link, kini seorang lagi seorang wanita Islam yang secara terbuka mengaku dirinya berzina!

Photobucket

Dan kita hanya mampu mengumpat dan bergossip sahaja dan tidak hairan jika menjadi ikutan gadis-gadis lain yang tidak lagi merasa malu malah berbangga berzina dengan alasan khilaf.

Inilah kelemahan kita yang tidak menjalankan undang-undang Allah iaitu hukum hudud.

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah kerana godaan dan hasutan duniawi.

Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilai mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain.

Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

Meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar.

Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

Posted @ www.isuhangat.net

JOM CARI DUIT DARI STREAMYX

jana wang adsense

 

DAPAT ILMU DAPAT DUIT

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

 

0
0