
LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengaku dirinya selalu membaca Alquran setiap hari. Setelah bersara dari dunia politik, membuatkan dirinya memiliki waktu yang terluang untuk membaca Alquran.
Sikap ini Blair ini memang lain dari biasanya. Kebiasaannya Blair enggan untuk membicara pasal agama, apalagi semasa dirinya menjadi perdana menteri. Namun sejak 2007 lepas, semasa dia meninggalkan Downing Streets 10, yang merupakan pejabat perdana menteri Britain, dirinya kini jadi lebih terbuka melihat agama.
“Saya membaca Bible dan Al-Quran setiap hari. Ini saya lakukan untuk memahami apa yang terjadi di dunia. Saya melihat Quran sangatlah instruktif,” kata Blair seperti dikutip Daily Mail, Isnin (13/6/2011).
Ahli Politik senior Parti Buruh tersebut yakin dapat memiliki lebih pengetahuan akan Islam dapat membantu tugasannya sebagai utusan khas di Timur Tengah. Pekerjaannya yang ditetapkan oleh PBB, Amerika Syarikat, Russia dan Eropah tersebut ditujukan untuk membantu perdamaian antara Palestin dan Israel.
Blair juga mengatakan bahawa Islam adalah agama yang indah. Dia pun menganggap Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang amat mendorong kemanusiaan.
Pada tahun 2006, dia pernah menyebut Al-Quran sebagai buku reformis yang amat inklusif.
“Al-Quran amat meninggikan ilmu pengetahuan dan amat membenci tahayul. Selain itu Al-Quran juga amat praktikal dan jauh lebih maju ketika membicarakan sikap menghadapi pernikahan, keadilan bagi perempuan serta pemerintahan,” jelas Blair.
Pada Oktober lalu, ipar Tony Blair, Lauren Booth menggemparkan dunia apabila telah memeluk Islam.
Admin: Kalau orang bukan Islam pun baca Al-Quran, tidak malukah kita sebagai seorang yang mengaku Islam jika Al-Quran hanya diletakkan ditempat yang tinggi (atas almari) tanpa membacanya?
So, sendrik mau ingat!
Posted @ www.isuhangat.net

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**








sendiri mahu ingat…. betul tu…
pada admin, jangan cakap ikut sedap mulut je, aku pun setiap hari baca al-Quran, tak kecoh pun.Soal ibadah tak payah diperbesarkan!
?
Admin cuma mengingatkan..kalau yang slalu baca tu jangan la terasa..
“aku pun setiap hari baca al-Quran” statement ni yg ko nak kecoh knpe??,xpayah nak tunjuk sangat ko ni baca al-quran lah,org lain baca al-quran pn xkecoh mcm ko..
ekal,
janganlah terasa lak, admin hanya tujukan kepada yang menjadikan Al-Quran itu sebagai hiasan semata-mata.. kalau kau membacanya selalu, baguslah.. tak payahlah nak melenting..
biasanya orang yang selalu membaca Al-Quran ni jiwanya akan tenang, hati bersih dan tidak cepat melatah…
terasa pulak.. admin xde tuduh2 pon.
Maaf atas kesilapan saya, tuan. Lepas ini saya akan berhati-hati dalam penulisan.
Ala admin, jangan di layan org yg sakit qalbun
lorr, cubalah pandang sesuatu dari sudut yang positif dan ilmiah..yess..jangan layan orang yang ada masalah pada hatinya…dengan cerita cerita begini, jom terus tambah ilmu, amal dan iman..:)
ler… terasa pehal… bukan ditujukan khas pd sesiapa… admin tujukn pd semua… pelik, tu pn nk terasa… sendiri mau ingt r..
apahal admin? percaya sangat cakap tony blair? hahaha
nice one admin!..sbnrnya dah ramai ilmuan2 bukan islam yang tertarik dengan ilmu al-quran..tapi x smua yg dpt hidayah tuk masuk islam..aku setuju bebenor ngn statement admin..jgn la panas hati dgr orang kafir baca al-quran..xde pn dalam al-quran@hadis yg cakap al-quran ni hanya untuk bacaaan orang islam(sila betulkan kalau aku tersilap)..kalau dah selalu baca tu bgus la n kalau jarang baca tu selalu2-kan la..cukup kita sndiri tahu kita ni berapa kerap baca al-quran sudah,xyah la nk kecoh bagitau satu dunia kita ni setiap hari baca al-quran sebab disitu dah nampak ketidakikhlasan anda membaca al-quran(untuk org islam) -peace-hanya peringatan untuk diri sndiri n kengkawan smua..
tony blair tu penipu..apahal percaya sngt cakap?
rilek aa minah oi..dia baca n puji2 al-quran dan nabi muhammad s.a.w,kira ok la tu..kalau dia tipu sekalipun x kisah aa sebab dia bukan kata benda2 x elok pasal islam n al-quran pon..lol
erm~~
Aku minta maaflah, sebenarnya statement ni org lain tulis, time aku tengah bukak ni, ada call masuk, so aku pegi jawab,
time tu ada pulak mamat komputer nie, tak taulah kalau dia yang taip.
So, minta maaf. Aku kalau komen, aku fikir dulu, kemudian baca, baru aku submit. Harap tiada salah faham lagi.