Isu hangat kini berkenaan pihak Gereja yang menganjurkan majlis berbuka puasa yang seperti dipolitikkan. Isu hangat seterusnya kisah Gereja yang membiaya umat-umat Islam yang sedang dalam kesusahan seperti yang di ceritakan oleh Pn Nur dari Seremban yang tidak mendapat apa-apa pembiayaan dari Baitulmal dan mendapat pujukan dari gereja secara berterusan.

Beberapa tahun dahulu ada isu hangat pihak gereja yang membela umat Islam yang terkena HIV Aids kerana orang kita sendiri menyisihkannya sendiri. Ustaz Asri pula menambah dengan artikel tidak salah menerima bantuan orang bukan Islam.

Ok sekarang bukan masanya kita mahu menuduh orang itu tak betul, orang ini seleweng, puak sana rasuah, belah sinun kena ikut telunjuk orang kafir dan sebagainya. Sekarang saya berkongsi peluang kepada anda semua untuk membela nasib anak-anak yatim Islam yang sedang memerlukan bantuan dan pemerhatian dari kita.

Mari kita lawan Gereja , buktikan orang Islam adalah sebenarnya JUARA RAKYAT dan Islam adalah penganjur NEGARA KEBAJIKAN.

Di mana kita nak letak muka kita jika orang kita sendiri menderita, kita berbelanja maut  di BAZIR RAMADHAN setiap petang sedangkan orang kita yang susah, pihak GEREJA yang membela? Sedangkan di bulan Ramadhan yang mulia ini amalan bersedekah amat besar ganjarannya.

Senarai yang memerlukan ada di bawah, kalau tak cukup lagi, boleh klik di banner sidebar blog isuhangat.net ini yang bertajuk “Hulurkan Sumbangan Anda”…

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

 

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.

BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.
3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)
5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.
6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.
7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)
11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)
LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
===============================================================

Assalamualaikum wrt. wbt.
Dato’datin/Tuan/puan,
PER: PERSIAPAN AWAL UNTUK  KEPERLUAN RAMDAHAN & SHAWAL 1433 HIJRAH.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL KASIH WILAYAH PERSEKUATUAN & SELANGOR (BAITUL KASIH) akan memulakan usaha-usaha amal yang berkaiatan dengan persiapan Ramadhan dan Shawal lebih awal pada tahun ini. Hal ini ialah kerana, hasil dari pengalaman pihak kami, sekiranya usaha ini tidak dirancang awal dan tersusun, ianya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah baik kepada pihak penganjur / penyumbang, lebih-lebih lagi kepada anak-anak penghuni rumah-rumah amal itu sendiri.
Layari Lamanweb kempen ini di: http://baitulkasih.org.my/ramadhan.htm
Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dalam berbagai-cara:
 (a)   Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan koporat dan individu
(b)  Menaja majlis berbuka pusa dan sahur.
 (c)  Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya  samada dalam bentuk barangan atau kewangan.
KEMUDAHAN MENYUMBANG
(a)    Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama  PK BAITUL KASIH: MAYBANK: 5621-8812-8345
 
(b)   Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau system perbankan online terus ke akaun Rumah Kasih Harmoni seperti berikut:
MAYBANK: 5121- 8313- 4032(c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: pkbk@baitulkasih.org.my atau maklumkan terus sumbangan anda samada menalifon terus atau mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi  wakil-wakil kami seperti  berikut:
(a)   Pengerusi BAITUL KASIH             -  Ustaz Zahari bin Alwi: 013-3303430
(b)   Pengurus Rumah Kasih Harmoni -  Ustazah Noreha Sarip: 013-9559985
Sekian, terima kasih.  Wassalam.
Yang berusaha
Rohana Ali
Penasihat Rumah Kasih Harmoni

Posted @ www.isuhangat.net.  * Tidak perlu minta izin untuk share.

 

rumah lelong

JOM CARI DUIT DARI STREAMYX

DAPAT ILMU DAPAT DUIT

 

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**





0
0