Gambar pembaca berita television di Libya yang pro- Gaddafi, membawa pistol semasa bersiaran langsung membaca berita hanya 2 hari yang lalu. Ini kerana pada masa itu pemberontak (suara rakyat Libya) sedang mula memasuki Tripoli. Semalam, 3 orang anak Gaddafi telah ditahan dan juga yang terkini rumah Gaddafi juga telah diserang.
Gaddafi kini tidak tahu menyorok di mana tetapi menurut anaknya beliau masih berada di Tripoli dan berazam tidak mahu menyerah. Serangan para pemberontak di Triploli adalah dengan pertolongan NATO. Pihak barat sentiasa ada untuk membantu menumbangkan sesebuah pemerintahan di mana-mana negara Islam.
Pemerintahan 42 tahun Gaddafi di Libya dikatakan secara kuku besi. Pemimpin apabila sudah tamak, lupa akan nasib rakyatnya yang miskin pasti akan berlaku zalim. Rakyat pula apabila sudah tidak tahan ditindas akan mula perlahan-lahan melawan dan di sinilah pihak Barat akan menyucuk untuk mengambil kesempatan ke atas negara Islam yang banyak mengandungi harta karun bumi iaitu ‘emas hitam’.
Lihatlah apa yang berlaku di Mesir, walaupun pemerintahan zalim dijatuhkan, untuk menjadi stabil aman sentosa macam dahulu mungkin mengambil masa yang lama.
Ternyata perang dan permusuhan hanya merugikan harta benda, nyawa dan maruah sekali pun.
Bercerita sahaja tak seronok jika tidak diserta dengan gambar-gambar rakyat Libya yang bergembira dengan saat kejatuhan Gaddafi.













Sumber gambar: Aljazeera
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**





lepas ni mereka bergaduh sesama sendiri berebut utk memegang kuasa pemerintah pulak
mmm… even pemberontak menang dlm kekalutan ini, diorg ingat diorg dah memerdekakan negara diorg? mmm… jgn harap. Takut2 terlepas mulut harimau, masuk plak mulut buaya. negara emas itam itu mmg dah lama menjadi idaman negara barat menguasainya. Apa yg sepatutnya rakyat libya buat adalah bersatu…bersatu…bersatu. Cari penyelesaian perdamaian yg lebih bijaksana, bukan secara memberontak.
my 2 cents.
bagi aku, pemimpin kena fahami hasrat rakyat.. kalau dah ditolak rakyat, cuba berubah atau kalau dah besar kepala sangat tak nak berubah, lepas je jawatan. itu akan lebih menjamin agar negara kita akan selamat dari anasir campurtangan barat. semua pemberontakan terjadi sebab kedegilan pemimpin tersebut yang gila kuasa sehingga sanggup menindas rakyat.Apabila semua cara diplomatik gagal, pemberontakan akan menjadi jalan terakhir. aku harap negara kita tak akan sampai ke tahap tu.. kepada pemimpin malaysia, berkhidmatlah untuk rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi. nescaya, negara kita akan makmur sejahtera..moga 1 malaysia akan menjamin keutuhan malaysia sbg negara yang merdeka!!!
Dunia skang ramai sgt pembangkang. Semua nk bangkang xde usaha pn nk bersatu padu mewujudkan perpaduan.
Tu la akibat pemimpim gila kuasa rakyat dah tak nak menderita sampai bangkit menentang kerajaan gadafi…kuasa luar biasa la masa ni nak masuk campur…..gadafi seorang…rakyat berjuta mana kepentingan yg lebih utama….semoga di malaysia pemimpin yg korup letak jawatan dahulu sblm terjadi seperti di sana….jangan rakyat didahulukan dengan cukai..beban dan menangung ketidakecekapan pemerintah …tetapi dengan kebajikan dan nasib yg terbela…pencapaian pula jangan keroni dan sekutu tetapi keseluruhan buat rakyat dan negara yang cemerlang..Insya Allah.
Did you know this about Libya?*
Whatever it may be that doesnt warrat him to rule Libya for 42years and of course he is anytime better
that any Arab rulers.
Some other facts (that mainstream media will never disclose) about Gaddafi and Libya
http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/09/emel-pilihan-interesting-fact-about.html?spref=fb