AMALAN TERBAIK DI PAGI SYAWAL
1. Mengucapkan Takbir.
2. Bertahmid dan Berzikir
3. Solat Sunat Aidil Fitri
4. Bersalam-salaman memohon maaf
5. Menziarahi Kubur
6. Ziarah-menziarahi sesama jiran,saudara-mara dan sebagainya.
7. Menyediakan juadah
8. Bersedekah
AMALAN TERBALIK DI AIDIL FITRI
1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya yang menyebabkan pembaziran berleluasa.
2. Bersalam antara lelaki dan wanita ajnabi. Contoh paling senang bersalam sesama adik beradik ipar,biras,sepupu,2 pupu dan lain-lain.
3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh (lambat bangun sebab malam raya overnight) dan Zuhur (sibuk beraya, marhaban dan sebagainya)
3. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita. Baju kurung harga beratus der..Tudung OG dan CT style sehingga tidak tutup leher.
4. Tidak mengutamakan menziarahi jiran,saudara-mara,rakan taulan tapi sibuk menonton TV di rumah.Banyaknya cerita program nyanyian dan filem dari Hari Raya pertama sampai ketujuh.
5. Makan berlebihan. Lepas makan, tengok TV, lepas tu makan, tengok TV, makan, tengok TV. Seperti nak balas dendam sebulan berpuasa.
6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.
7. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari sebab itu hanya 1 Syawal diharamkan berpuasa sedangakan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh berpuasa sunat.
8. Malu nak beraya jika tidak tuan rumah tidak buat open house, rasa macam terhegeh-hegeh.
Sambung-sambung jika ada…
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**




Salam,
Jangan lupa Qiam di mlm eid fitri, ganjarannya sama dengan qiam di mlm lailatu al-qadr.
macam sama dengan posting teman..hehe…http://wan2day.blogspot.com/2011/08/amalan-kita-di-hari-raya.html
terus tinggalkan membaca Al Quran sebab dah bukan bulan posa..padshal setiap hari digalakkan baca Al Quran…
yg specialnya time bulan posa lah dengar mercun pastu dah masuk tengah2 syawal apatah lagi zulkaedah dan zulhijjah baru lah x de bunyi mercun..Special betul bulan Ramadhan bg penggila mercun.
time bulan pose tau bila waktu maghrib time raya nnt maghrib ntah mana nak amik tau pasal waktu maghrib pon dia wat x endah je…..
Setuju dgn iris,
Sunat witir pun ramai yang tinggal selepas bulan Ramadhan..sdgkan sunat witir bukan pada bulan ramadhan shj. Dengar tazkirah dari Ustaz Firdaus pada solat Jumaat minggu lepas di masjid Airport Senai yang mengatakan pahala solat sunat witir sama dengan bersedekah 3 ekor unta. Seekor unta dah RM7000, darab tiga dah RM21K. Susah nak carik org bersedekah RM21K dlm semalamkan..
5. Menziarahi Kubur tdk digalakkan pada hari raya kerana hari raya utk bersuka gembira, bukan hari utk bsedih ingatkan kpd si mati
kirenye hari raya kite tak payah mengingati mati gak la ye?