Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka KID CSI TEAM dan admin page di Facebook http://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif yang bertindak untuk menyiasat siapa sebenarnya Sitt Al Wuzara, blogger yang menghina Islam seperti surat bantahan isuhangat kepada SKMM sebelum ini (baca di sini) akan mendedahkan hasil siasatan mereka pada 1 Syawal.

Dengan page di Facebook mereka sering menyiasat dan mengumpul bahan bukti siapa sebenarnya Hajah Sitt Al Wuzara. Sebelum ini kumpulan hacker gaysec mengatakan bahawa blogger itu ialah Arlene Tan. KID CSI TEAM kali ini lebih berani dan yakin dengan hasil siasatan mereka dan juga akan melawan kepada page facebook AMS (Murtads In Malaysia Singapore)

Photobucket

 


Isuhangat menyokong tindakan ini yang boleh dikatakan “Jihad IT” kerana sudah menjadi fardhu kifayah malah mungkin fardhu ain kerana agama Islam telah dihina dengan melampau sekali dan merbahaya kepada generasi kita akan datang. Pihak berkuasa hendaklah menyiasat dakwaan KID CSI TEAM ini kerana mereka bersandarkan bukti samada betul atau tidak betul hasil siasatan mereka. Mereka mengharapkan dapat membantu kerja-kerja pihak berkuasa untuk menangkap dan mengekang gejala ini daripada berterusan dan menjadi barah yang semakin sukar untuk diubati.

NGO-NGO dan parti politik juga sepatutnya menjadikan ini isu hangat adalah isu yang utama bukannya saling mengutuk, menghina malah kemungkinan menfitnah sesama Islam.

Ini supaya tidak ada lagi individu atau kumpulan yang berniat untuk menghina Islam dan tahu belajar menghormati agama lain. Jangan ingat dengan online melalui proxy, pihak lain tidak dapat menjejak mereka dan mencari bahan bukti. Kalau nak harapkan penyedia blogger percuma seperti wordpress.com untuk menghalang memang sukar kerana mereka sendiri adalah bukan Islam.

Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam

JOM CARI DUIT DARI STREAMYX

DAPAT ILMU DAPAT DUIT

 

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**





0
0