
Baru-baru ni Facebook upgrade interface diaorang. Mula-mula ramai yang komplen kononnya susah menggunakan interface baru ni . Namun jika korang facebooker perasan, interface baru facebook ini diubahsuai untuk membuatkan penggunanya menambah masa khayalan penggunanya.
Yang pertama di tab home, interface baru ni kita boleh scroll down dan semua update rakan FB kita akan di appear tidak macam interface lama yang hanya segelintir update FB yang akan appear di page pertama. Yang kedua di belah kiri ada satu kotak yang sentiasa update status/komen rakan FB. Boleh dikatakan masa untuk ‘menatap’ FB sekarang 2 kali ganda atau lebih dari masa interface FB yang lama. Pandai betul la diaorang tarik pengguna FB dengan menyediakan content yang lebih interaktif setelah pengguna laman sosial di barat yang mula beralih ke laman sosial lain.
Ramai netter mula beralih dari Facebook ke laman sosial yang lain seperti Google Plus selain pesaing twitter. Google plus juga dikatakan mula menarik peminat laman sosial dengan mengandungi content yang interaktif dan meletakkan game yang menjadi kegilaan kini iaitu Angry Bird yang sebelum ini hanya popular di handphone android.
Sebelum laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Twitter, pelopor laman sosial yang sangat popular di awal tahun 2002 sampai dengan 2006 iaitu Friendster. Pada mulanya Friendster sebenarnya memperolehi sambutan yang hangat dari pengguna internet pada masa itu, terutama generasi muda.
Pengasas Friendster peka dengan merosot minat pengguna internet terhadap Friendster. Pada tahun 2009, Friendster dijual dengan nilai hanya USD 40 juta (10 juta dibawah taksiran) kepada syarikat Malaysia [MOL Global].
Setelah beralih kepada MOL Global, nasib friendster semakin teruk dan ibarat sebuah rumah yang ditinggalkan penghuni. Friendster kemudian mengumumkan kepada usernya untuk mendownload gambar-gambar milik mereka yang telah diupload ke Friendster kerana mereka akan menghapuskan semua gambar (dan konten yang pernah diupload oleh user) pada 31 Mei 2011.
Dan kini Friendster hanyalah menjadi laman game yang boleh dihubungkan dengan facebook. Malang sungguh nasib kepada syarikat MOL Global tu kan, terpaksa keluar duit USD40 juta hanya untuk harga domain.
Sebagai pengguna jaring sosial pula, pernah tak kita terfikir apa yang telah terjadi dengan akaun-akaun yang kita daftarkan dahulu di laman-laman sosial sebelum ini? Gambar, bioadata dan sebagainya kita tinggalkan saja jejak di server mereka.Kalau diaorang nak gunakan sesuka hati diaorang pun kita tak tahu.
Sebab tu rasanya tidak salah jika kita tidak meletakkan semua maklumat yang betul di internet kecuali di laman yang secure seperti laman kerajaan dan perbankan.
Posted @ www.isuhangat.net.
**LEtakKAN IKLAN ANDA DI SINI**





multiply pun dah mati
nampak sangat syarikat malaysia ni tak pandai nak attract netter hehe