‘Mekah’ di tengah-tengah London. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.
Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.
Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.
”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.
Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di jantung daerah kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.
Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.
Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Hasilnya, jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.
“Ia berkembang dalam beberapa tahun terakhir ini” ujar seorang pekerja yang masih mengenakan pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah Kota London.”
Posted @ www.isuhangat.net.
MAHU JADI AGEN STREAMYX DAN UNIFI..?
**LETAK IKLAN ANDA DI ISUHANGAT**







Alhamdulillah….seronok dn bangga melihat perkembangan spt ini…..Allah mAha Besar…Allah Huakbar..
Semoga bertambah bilangannya dan bertambah bilangan masjid disana…
syukur sbb kita tak perlu lalui solat dijalanan seperti ini.. bukan kerana org kita tak solat.. tapi pemimpin kita membina begitu banyak masjid yang selesa utk beribadat…
Benar sekali…pemimpin kita membina begitu banyak masjid …dari hasil duit poket mereka sendiri, tanpa mengharap sesenpun dari rakyat…wink wink
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILA HAILLALLAH WAALLAHUAKHBAR LAHAULAWA LAQUWATAILLA BILLA HALIYULA`ZIM
tapi pemimpin kita membina begitu banyak masjid yang selesa utk beribadat… <— ada berapa banyak Mesjid di KL? cuba anda GOOGLE Mesjid yg ada di LONDON dan bandingkan ,,,skali lagi hanya kawasan LONDON shj,,renungkan (itu belum kira seluruh ENGLAND),,, ISLAM sudah bertapak lama di ENGLAND,,, sila GOOGLE King Offa The Rex
Bila aku Australia masa Hari Raya pun solat kat tempat terbuka..Memang best sebab masa tu sejuk and bangga sebab orang yang bukan Islam tengok saudara kita semua solat…Pengalaman yang tak boleh dilupakan