Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai… [Ali Imran 3:103]

Melihat kepada apa yang sedang berlaku pada hari ini, sangat jelas bahawa ramai di antara kita telah jauh daripada Al Quran Al Karim yang seharusnya menjadi petunjuk kepada kita dalam mengharungi bahtera kehidupan seharian..

(The Way of Life)
Al-Quran yang disifatkan sebagai ubat penawar yang mampu mengubati kekosongan jiwa disamping ia mampu mengubati segala masalah manusia apabila kita mampu menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup yang diamalkan segala sistem yang telah diberitahu oleh al-Quran.
Penurunan al-Quran bukanlah semata-mata untuk dibaca tetapi menuntut kepada pengamalan terhadap segala isi kandungannya sehingga dunia ini mampu ditadbir dengan sebaiknya berasaskan wahyu bukannya mengikut hawa nafsu yang sudah pastinya akan menggugat keamanan dunia.

Wahyu pertama yang diturunkan melalui surah al-‘Alaq menekankan kepada kita bagaimana pentingnya ilmu pengetahuan. Al-Quran turut menekankan bagaimana ilmu yang diperolehi mestilah diamalkan bagi menjamin proses ibadat khusus dan pengurusan pentadbiran kepada kehidupan seharian dapat berjalan dengan baik.

Umat Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya apabila seluruh pergerakan dan pengamalan mereka berdasarkan ilmu yang disuluhi dengan cahaya wahyu sedangkan pada waktu itu dunia barat masih berada dalam kegelapan ilmu pengetahuan.

Kemasukan Islam ke barat terutama dengan penawanan Sepanyol di bawah tentera Islam yang diketuai oleh Toriq bin Ziyad telah membolehkan dunia barat turut berkembang maju berasaskan ilmu. Cuma setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah 1924 yang berpusat di Turki disebabkan perpecahan di kalangan umat Islam sendiri yang termakan racun yang ditaburkan oleh musuh Islam telah menyebabkan dunia Islam semakin ketinggalan dari segi kemajuan material dan kadang-kadang pembangunan insan turut tergugat disebabkan umat Islam meninggalkan ajaran al-Quran yang menyeluruh.

Firman Allah :Berkatalah Rasul: “Ya Rabbku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang tidak diacuhkan”. (QS. 25:30)

Dan mereka (para musuh Islam) berusaha keras untuk menjauhkan kaum muslimin secara persendirian mahupun berkumpulan dari sumber utama kekuatannya iaitu Al Quran Al Karim. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al Quran Al Karim mengenai target rahsia mereka dalam memerangi kaum muslimin dalam firman-Nya : ‘Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (QS. 41:26)’

 Seorang perdana menteri Inggeris pernah mengatakan : “Selagi Al Quran masih di tangan umat Islam, Eropah tidak akan dapat mengusai negara-negara Timur.” (Sumber: “Rencana Penghapusan Islam dan Pembantaian Kaum Muslimin di Abad Modern” oleh Nabil Bin Abdurrahman Al Mahisy / 13).

Jauhnya umat terhadap Al Quran Al Karim merupakan suatu masalah besar yang sangat fundamental dalam tubuh kaum muslimin. Malah, ia akan mencambahkan banyak lagi masalah umat yang melanda masyarakat Islam pada hari ini.

Kenapa saya mengaitkan kes-kes di atas dengan Al-Quran?

Kerana punca kepada masalah di atas adalah kerana tiada lagi penghayatan Islam atau Al-Quran itu sendiri dalam masyarakat Islam pada hari ini. Al-Quran hanya dijadikan bacaan ketika berlakunya kematian, tahlil, doa selamat dan lain-lain acara agama tetapi tiada penghayatan terhadap isi kandungan Al-Quran itu sendiri.
 Perkara untuk mengikut petunjuk Allah melalui kitab-Nya, bukan sekadar perbuatan sunnah atau suatu pilihan. Firman Allah : “Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (QS. 33:36)

Kerana itu jangan sampai kita mengikuti hawa nafsu mereka yang menyimpang dari garis yang tegas ini. Ringkasnya, ketika umat Islam telah jauh dari Kitabullah, maka musibah dan malapetaka serta segala jenis penyakit hati akan datang silih berganti, sebagaimana yang saat ini kita lihat sendiri berlaku secara jelas.

Ayuh, kita kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Nabinya sehingga menjadi umat yang terbaik sebagaimana firman-Nya : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. (QS. 3:110)

(Sumber: qurratulain.blogdrive.com)
Artikel oleh : Nabihah Hishamuddin

Posted @ www.isuhangat.net.


MAHU JADI AGEN STREAMYX DAN UNIFI..?

**LETAK IKLAN ANDA DI ISUHANGAT**





0
0