Sahabat, sejak kecil hingga dewasa kita selalu diajarkan dan dimotivasi oleh orang tua kita, guru kita dan motivator kita bagaimana hidup ini harus berjaya dan JADI PEMENANG, ini kadangkala membuatkan kita tidak mahu mengalah dalam segala perkara, yang berniaga ingin CEPAT KAYA, yang bekerja ingin CEPAT NAIK PANGKAT, yang berkeluarga ingin CEPAT BAHAGIA, semua ingin menjadi yang KEHADAPAN.

Ternyata untuk berjaya dan bahagia tidak semestinya selalu menjadi yang kehadapan, apalah ertinya kita menjadi yang kehadapan jika orang-orang yang dibelakang kita ketinggalan jauh, kan bosan asyik duduk di atas sorang-sorang.
Kenyataannya salah satu faktor berjaya bahagia kita itu kerana ada orang-orang dibelakang kita yang MAHU MENGALAH.
Ini kisahnya……

Urainab baru saja menikah. Dia tinggal bersama suami di rumah mertuanya. Sejak hari pertama tinggal di rumah mertuanya, Urainab sudah merasa tidak sesuai dengan ibu metua. Urainab merasa mertuanya sangat garang dan cerewet. Urainab sering dikritik ibu mertua kerana perbezaan sikap dan prinsip mereka dalam semua perkara.

Pertengkaran sering terjadi. Urainab dan ibu mertua selalu berselisih faham. Yazid, suami Urainab merasa sedih melihat perkara itu. Namun, dia tidak mampu menyelesaikan persoalan antara isteri dan ibunya. Jika dia membela ibunya, bagaimana dengan isterinya. Jika dia membela isterinya, tentu akan membuat ibunya sakit hati. Yazid hanya boleh berdoa kepada Allah, semoga persoalan antara isteri dan ibunya segera selesai dan mereka hidup damai bersama.

Hari pun terus berlalu, suasana panas di rumahnya tidak berubah. Yazid terfikir untuk membawa isterinya pindah dari rumah ibunya. Namun, dia belum mampu menyewa rumah lain, lagipun ibunya yang dimamah usia tidak patut dia tinggalkan.

Keadaan semakin memburuk, pertengkaran semakin kerap terjadi, dan tidak ada seorang pun yang mahu disalahkan atas setiap pertengkaran. Akhirnya, kerana bisikan syaitan Urainab memutuskan untuk melakukan sesuatu demi mengakhiri pertengkaran dengan ibu mertuanya. Dia merancang untuk meracun ibu mertuanya itu.

“Kalau orang tua ini meninggal, tidak ada lagi yang akan mengganggu hidupku!” fikir Urainab.

Urainab kemudian berjumpa Sufyan bin Umar, seorang tabib disebuah bandar. Dia menceritakan masalahnya dan meminta Sufyan bin Umar untuk memberinya racun.

“Aku faham masalah kamu dan betapa kamu menderita kerananya. Aku akan membuatkan racun yang paling bisa untukmu, tetapi kamu hendaklah mendengar sarananku” Kata Sufyan bin Umar.

Urainab mengangguk. Jauh di dalam hatinya, dia merasa berdosa kerana memiliki niat yang buruk kepada ibu mertuanya. Bukankah dalam Islam telah mengajar bahawa mertua adalah orang tua kita juga. Ibu mertua adalah ibunya juga. Namun, rasa sakit hati dan marah telah membakar dirinya.

“Sebelum racun ini diberi, selama satu bulan kamu ikut apa yang diperintahkan dan yang diinginkan oleh ibu mertuamu,” ujar Sufyan bin Umar.

Urainab mengangguk setuju.

Urainab kemudian pulang dengan lega. Racun yang diberikan Sufyan bin Umar disimpannya di dalam beg tangan. Hari demi hari berlalu, urainab menuruti apa yang diperintahkan ibu mertuanya. Dia membersihkan rumah, memasak, menyapu halaman, mendengarkan ibu mertua ketika sedang membebel dan melakukan banyak perbuatan baik padanya. Dia tidak lagi berdebat dan melayani ibu mertua bagai ibu kandungnya sendiri.

Pada mulanya, hati Urainab memberontak. Namun, dia teringat pesan Sufyan untuk menurut semua keinginan dan perintah ibu mertua selama satu bulan. Sesudah itu, ibu mertuanya akan dia racun hingga mati. Hari demi hari berlalu, tidak ada lagi pertengkaran di rumah itu. Yazid sangat bahagia melihat perubahan sikap isteri dan ibunya. isterinya tidak lagi mendebat dan kemudian ibunya tidak bersikap keras lagi. Suasana rumah menjadi hangat dan nyaman. Urainab merasa senang dan bahagia. Dia dan ibu mertuanya menjadi sepasang sahabat baik.

Sebulan pun tiba. Sudah waktunya Urainab meracuni ibu mertuanya. Urainab membuka beg tangannya, tiba-tiba dia menangis. Hatinya terasa sakit. Kali ini bukan kerana perlakuan ibu mertuanya, melainkan kerana niat buruknya. Kini, dia faham, ibu mertuanya melakukan semua itu kerana ingin mengajarnya menjadi isteri yang solehah kepada suaminya. Sebulan telah mengajarnya banyak perkara pada Urainab. Sekarang Urainab boleh mengerjakan semua kerja rumah, memasak dan melayani suami dengan baik.

Sayup terdengar di ruang hadapan, ibu mertuanya sedang berbal dengan jiran mereka.

“Aku sungguh beruntung memiliki menantu seperti Urainab. Dia adalah menantu terbaik yang kumiliki. Dia sangat patuh, rajin, dan solehah,” ujar ibu mertuanya dengan bangga.

Dada Urainab semakin sesak, “Ya Allah, maafkan semua salah dan niat jahatku.”
Ya…akhirnya Urainab membatalkan niatnya meracun ibu mertuanya, maka jadilah kehidupan keluarga itu bahagia dan ceria.

“Ibu mertua kedudukannya sebagai ibu” –HR TIRMIDZI DAN AHMAD

Berbeza pendapat mengarah kepada perselisihan dan perselisihan mengarah kepada kemarahan dan kemarahan adalah api, dan air adalah pemadam api, bila air adalah pemadam api maka mengalah adalah pemadam kemarahan tersebut.

Tapi untuk mengalah itu ternyata memerlukan LATIHAN, hendak marah tahan dengan senyuman, ingin membenci tahan dengan memberi, mahu melawan tahan dengan memaafkan.

Bagaimana kalau sudah keterlaluan dan kita sudah tak boleh tahaaaaaan ?

Kita cuba banyak-banyak istighfar, minta bantuan Allah untuk menahan gejolak hati kita, bukankah Dia sangat mampu mebolak-balikkan hati-hati kita ?
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut (mengalah) terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (Surah Al Imran: 159).

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.” (Surah Fushilat: 34-35)

Posted @ www.isuhangat.net.


MAHU JADI AGEN STREAMYX DAN UNIFI..?

**LETAK IKLAN ANDA DI ISUHANGAT**





+1
0