Sarah Attar mendapat liputan dari pelbagai media setelah ia didaulat menjadi wakil Arab Saudi di Olimpik untuk yang pertama .Dia mendapat tepukan yang gemuruh dari setiap langkah yang dia ambil di pertandingan lari 800 meter yang dia sertai.
Akhirnya dia dapat menyelesaikan pertandingan dengan jarak masa hampir 45 minit dari juara pertama. Walaupun begitu, penyertaannya dalam Olimpik telah menjadi sebuah catatan sejarah. Wanita ini memakai baju lengan panjang berwarna hijau, seluar panjang dan tudung berwarna putih.
Dia kelihatan sangat menyerlah berbanding dengan peserta lain. Sejak awal sudah kelihatan bahawa dia akan mendapat tempat tercorot dalam perlumbaan ini kerana ia tertinggal jauh dibelakang peserta lain. Attar tetap mendapat tepukan yang sangat gemuruh dari para penonton setelah dia mencecah garis penamat.
Dia tertinggal hampir satu pusingan dengan peserta yang lain. Catatan masa Attar memang jauh bila dibandingkan dengan pemenang ini yang berasal dari Kenya, Janeth Jepkosgei Businei, yang berjaya mencatatkan masa 2 minit 01.04 saat. Attar berkata bahawa kehadirannya di Olimpik sebagai wakil Arab Saudi adalah suatu kehormatan baginya. Dia juga berharap penyertaannya ini dapat membuat perubahan yang besar.
Dia juga menambahkan bahawa penyertaannya ini adalah sebuah kesempatan yang unik, mereka mengundangnya datang, menyambutku, dan melakukan langkah pertama bagi para wanita di sana menghasilkan perasaan yang luar biasa.
Posted @ www.isuhangat.net.

MAHU JADI AGEN STREAMYX,UNIFI DAN MAXIS..? KLIK SINI
**LETAK IKLAN ANDA DI ISUHANGAT**




