tip hari raya

Refresh semula dari entri lama isuhangat.

“Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur, kalau salah kami belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur”.

”Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba, jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di hariraya”.

 “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. 

- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada artikel-artikel di isuhangat yang menyinggung perasaan anda.

~ Admin~

Tips mengelakkan kes pecah rumah

1. Pencuri suka mengambil kesempatan semasa rumah kosong, seeloknya kita berpesan kepada jiran yang tak balik kampung termasuk jiran berbangsa Cina dan India supaya tengok-tengokkan rumah kita. Sebab tu kita mesti berbaik dengan jira. Juga pastikan pintu rumah berkunci dengan kemas dan barangan elektrik yang tidak digunakan dicabut plugnya.

2. Daftar dan sertai Kempen Rumah Selamat di Balai Polis berdekatan. Hanya isi borang beritahu berapa hari meninggalkan rumah kosong dan polis akan ronda di rumah anda sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Pengalaman admin pada tahun lepas, mereka akan ronda dan berhenti di depan rumah kita jam 2-3 pagi setiap malam.

 

3. Segala barangan berharga jangan di simpan di dalam almari, letak di tempat-tempat yang tidak logik.

4. Kunci spare rumah,kereta, motor, kunci pintu belakang rumah jangan ditinggalkan di rumah. Sebaiknya kita bawa bersama balik kampung.

5. Jika ada kereta yang ditinggalkan jangan lupa kunci dengan betul, kalau motosikal sebaiknya di bawa masuk ke dalam rumah.

6. Berdoalah sebelum kita bertolak agar selalu diberi perlindungan terhadap segala sesuatu yang tidak diingini, cara inilah yang paling ampuh, mohonlah kepada Allah Taala supaya kita diberi perlindungan.

Tip Jalanraya dari TM
Tip Jalanraya

Tips memandu

1. Sebaiknya kita check keadaan kereta kita sebelum bertolak seperti air di radiator dan tangki simpanan, minyak pelincir, minyak brek, minyak gear box , air bateri dan juga angin tayar termasuk tayar spare. Elok juga kalau kita bawa air spare di bonet kita sebotol dua.

2. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.

Doa naik kenderaan

3. Jangan memandu laju dan terburu-buru, memotong di tempat sepatutnya, tidur yang secukupnya. Berhenti setiap dua jam atau setiap 300km perjalanan. Berhenti tidur jika mengantuk, jangan dilawan rasa mengantuk tu. Selain dari untuk mengelakkan kemalangan, ini juga mengelakkan SAMAN.

4. Jangan memandu terlalu dekat, biasakan kurang dari 2 saat dari kenderaan hadapan. Untuk mengira 2 saat boleh dipandukan dari tiang telefon/elektrik, pokok dan sebagainya. Kita mesti 2 saat lalu penanda tersebut dari kenderaan hadapan. Jika anda tidak nampak tayar kereta di hadapan anda bermakna anda memandu terlalu hampir dengan mereka, jadi pastikan anda nampak tayar belakang kereta yang di hadapan anda.

5. Barangan berharga seperti laptop,kamera,handphone jika di tinggalkan di R&R perlu disorokkan jangan terdedah begitu sahaja yang boleh menarik minat pencuri untuk memecahkan cermin kereta. Lebih baik jika laptop di bawa bersama ketika makan di R&R.
Tips makan di hari raya

1. Jangan makan terlalu banyak di pagi raya untuk mengelakkan gangguan pencernaan. Perut kita sudah lama tidak proses makanan di waktu siang hari jangan buat dia terperanjat. Perut kita juga telah biasa makan makanan secukupnya (pada waktu sahur dan buka puasa). Gangguan pencernaan yang sering terjadi ialah mual dan muntah serta sakit perut juga pedih ulu hati.

2. Jangan banyak minum air bergas, lebihkan minum air masak.

3. Jangan makan kuih berlebihan kerana kuih kita biasanya rasa manis yang melampau yang boleh membuatkan penyakit diabetis. Kuih raya juga banyak dibuat dari mentega yang membawa lemak. Jangan sampai tak muat seluar selepas hari raya nanti.

4. Jaga makanan seimbang, jangan dilupa makanan berserat seperti buah-buahan.

Tips Berkunjung

Selain menerima tamu saat Hari Raya, kita tentu berkunjung ke tempat saudara atau teman. Apa yang sebaiknya dilakukan? Semak tips berikut ini:

1. Berhiaslah secukupnya, jangan berlebihan. Kenakan pakaian yang tidak menjolok mata dan sepatutnya menutup aurat. Pastikan pakaian anda selesa dan mudah bergerak . Ingat, acara silaturahim ni biasanya memakan waktu seharian. Pakaian yang ketat akan sangat membuatkan anda tidak selesa.

2. Pilih waktu yang sesuai. Jangan bertandang terlalu pagi atau terlalu malam. Kemungkinan tuan rumah belum siap berkemas atau sudah penat kerana seharian menyambut tamu. Waktu yang sesuai ialah selepas pukul 10.00 dan sebelum pukul 9 malam. Biasanya tuan rumah akan berkata tidak kisah tapi hati mereka siapa yang tahukan.

3. Makanlah kuih atau hidangan yang disajikan secukupnya, jangan terlalu banyak. Selain nak jaga adab, sebab lainnya kita tentu ada plan ke rumah lain. Jika anda sudah terlalu kenyang di satu tempat, di tempat lain anda tentu akan merasa tak selesa. Begitu juga soal minum. Nanti tuan rumah cakap apa pula kalau kita tidak menjamah hidangan yang disediakan dengan alasan kenyang sangat.

4. Jangan terlalu lama bertamu sekalipun yang anda kunjungi itu adalah saudara dekat.

5. Kepada yang membawa anak kecil selalulah berpesan kepada mereka agar menjaga perlakuan dan jangan makan kuih yang diaorang minati berlebih-lebihan. Orang sekarang selalunya menyediakan ‘kuih tunjuk’ jadi tentulah stok mereka pun tidak banyak.

6. Jangan terlalu ramai membawa “pasukan”. Rombongan besar sering kali menyulitkan tuan rumah. Ajaklah anggota keluarga secukupnya saja.

Dan apa yang paling penting dari semua tip-tip di atas ialah JANGAN TINGGAL SOLAT! Samada sedar atau tidak orang kita berpuasa selama sebulan dengan tekun tetapi semasa sibuk menziarah semasa hari raya ada yang sampai terlupa nak solat.

Posted @ www.isuhangat.net. Sebenarnya tip-tip di atas untuk aku sendiri juga.

 

Posted @ www.isuhangat.net.


MAHU JADI AGEN STREAMYX,UNIFI DAN MAXIS..? KLIK SINI

**LETAK IKLAN ANDA DI ISUHANGAT**





 

0
0