
Perang paten antara Apple dan Samsung yang telah berlangsung sejak sekian lama dan belarutan ini akhirnya dimenangi oleh Apple. Samsung sebagai pihak yang kalah harus membayar denda sebesar USD 1.05 billion.
Pertarungan paten antara Apple dan Samsung akhirnya berakhir dengan kekalahan Samsung, namun Samsung tidak berdiam diri menerima keputusan tersebut begitu saja, Samsung dikatakan akan mengemukakan rayuan.
Sembilan orang juri memerlukan masa selama 3 hari untuk menganalisa bukti yang kompleks pada tujuh pendakwaan pelanggaran paten Apple dan akhirnya memutuskan bahawa Samsung disahkan meniru design iPhone dan iPad.
Bukan hanya di Amerika, Samsung dan Apple juga terlibat perang paten di beberapa negara seperti England, Australia dan Korea Selatan. Di Mahkamah Samsung, pengadilan memutuskan untuk menghentikan penjualan 10 produk Samsung dan 4 produk Apple.
Amerika Syarikat adalah arena pertarungan paten paling sengit bagi Samsung dan Apple yang akhirnya dimenangi oleh Apple. Samsung harus menelan kekalahan dan harus membayar dengan sebesar USD $1.05 billion.
Steve Jobs pernah bersumpah untuk menyerang platform Android dan mendakwa bahawa Android adalah copycat iPhone dan iPad dan menyiapkan paten sebagai senjata utamanya. Kini Apple telah memenangi pertempuran tersebut.

Apple yang kini dinobatkan sebagai perusahaan terkaya ini nilai sahamnya terus melonjak setelah memenangi pertarungan paten dengan Samsung.
Uniknya, meskipun Apple begitu keras menyerang Samsung, namun sebahagaian besar komponen yang digunakan untuk membuat iPhone dan iPad seperti layar dan chip prosesor dibuat oleh Samsung.
Posted @ www.isuhangat.net.

MAHU JADI AGEN STREAMYX,UNIFI DAN MAXIS..? KLIK SINI
**LETAK IKLAN ANDA DI ISUHANGAT**



