Nasyid Junjungan Mulia

Posted on

Nasyid Junjungan Mulia dendangan kumpulan Al Mizan pada tahun 70 an yang kerap kita dengar semasa kecil. (untuk yang lahir 80 an dan ke bawah)

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Pada tahun ini ialah pada 3 Jan 2015.

Sambutan Maulidur Rasul ni bagus tetapi harap kasih kita ke atas Rasulullah SAW bukan setahun sekali tetapi setiap hari. Bukan berselawat setahun sekali sahaja. Banyakkan berselawat ke atas Nabi setiap hari.

Paling mudah ialah dengan menjawab SAW (ringkasan penulisan kepada Sallallahu Alaihi Wasallam (صلی اللہ علیہ وسلم) setiap kali mendengar dan menyebut nama Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah SAW

Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al-Ahzab: 56)
toton juga ; Kesalahan-kesalahan dalam Al-Fatihah
Isu Hangat